Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Ractchaburi Mitr Phol FC yang beraksi dalam saingan Thai League 1, telah memuatnaik keadaan stadium mereka yang telah menyebabkan ramai peminat bola sepak menjadi tidak senang duduk menatap ‘keindahan’ stadium itu.

Melalui kemaskini di laman sosial Facebook rasmi mereka, Ratchaburi Mitr Phol FC sebenarnya menyatakan bahawa para peminat mereka yang memberi barangan rasmi kelab tersebut berpeluang untuk melawat serta bergambar didalam stadium mulai jam 10 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Mungkin ini adalah cara yang digunakan oleh Ratchaburi Mitr Phol FC untuk menarik minat para penyokong mereka untuk ‘memborong’ pelbagai jenis barangan rasmi kelab selain menggunakan kaedah ini sebagai medium pemasaran yang lebih berkesan.

คิดถึง🏟 มิตรผล สเตเดี้ยม🐲กันมั้ย‼️สิทธิพิเศษ สำหรับแฟนๆที่ซื้อเสื้อ ทุกแบบ ทุกสไตล์ ที่Mega store หรือสั่งออนไลน์…

Posted by Ratchaburi Mitr Phol FC on Monday, 8 June 2020

Dalam kemaskini yang sudah mencecah lebih 370 perkongsian itu, dapat dilihat bagaimana komitmen kelab menyelenggara fasiliti yang ada dengan begitu mantap sekali dan tidak hairanlah mengapa mereka bukan sahaja mampu menarik perhatian penyokong The Dragon malahan dari luar Thailand juga.

“Rindukan stadium Mitr Phol? Istimewa untuk penyokong yang membeli mana-mana jenis jersi atau baju melalui megastore atau secara online menggunakan FB Page serta LINE, anda boleh melawat stadium setiap hari bekerja mulai jam 10 pagi hingga 5 petang untuk bergambar.”

Apa yang menarik perhatian adalah deretan logo rakan rasmi kelab Ratchaburi Mitr Phol FC dibahagian bumbung stadium dimana salah satunya merupakan sebuah portal bolasepak yang terkenal di Thailand – BallThai.

74886480_1234678430056846_56805980486238208_o

Gambar diatas adalah suasana ketika perlawanan bola sepak sedang berlangsung dan memang sangat awesome gila untuk berada di stadium ini.

Untuk makluman juga, stadium ini dibina secara berperingkat sehingga berada ditahap sekarang dan dilaporkan juga proses penambahbaikan serta tambahan struktur lain akan dilakukan sekiranya diperlukan dimasa depan.

Apa yang pasukan di Malaysia boleh tawarkan untuk tarik minat penyokong shopping barangan mereka?

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Shukor Adan, Kalau Dia Bagi Arahan Semua Pemain Mudah Dengar Apa Dia Kata” – Norhafiz Zamani

“Ramai Ingat Saya Akan Ada Masalah Komunikasi Di Thailand, Tetapi Realitinya Tidak Benar” – Dominic Tan

“Macam Saya Cakap Sebelum Ini Datuk Saya Berasal Dari Malaysia, Bapa Saya Pun Dari Malaysia Juga.” – Marcel Kalonda

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group