Dalam satu kemaskini oleh South China Morning Post, mereka telah mendedahkan  fasiliti baharu yang dimiliki oleh Hong Kong FA bernilai sekitar USD25.5 juta atau RM105 juta.

Fasiliti tersebut adalah termasuk lokasi ibu pejabat baharu Hong Kong FA serta fasiliti latihan yang akan digunakan oleh skuad kebangsaan lelaki dan juga wanita.

Lapangan baharu itu juga difahamkan memiliki keseluruhan 6 buah padang bola sepak (3 padang rumput asli, 3 padang sintetik), gimnasium serta pelbagai lagi fasiliti bagi kegunaan latihan skuad kebangsaan mereka.

Peta dibawah menunjukkan bagaimana susun atur pusat latihan Hong Kong FA dikawasan Tseung Kwan O South Waterfront Promenade.

Map HKFA

Berikut adalah beberapa gambar dari ‘aerial view’  yang menunjukkan fasiliti lain yang disediakan kepada pemain. Gambar adalah ketika proses pembinaan masih dilakukan.

23334007_1135363823263977_3551475044033559412_o

Gambar daro perspektif lain yang menunjukkan beberapa kemudahan yang disediakan untuk pemain-pemain serta staf di pusat latihan. 23275473_1135363773263982_2119332010794624380_o

Ini adalah gambaran ketika 3 buah padang sintetik dan 1 padang futsal masih dalam pembinaan.

23270320_1135363829930643_1728554834055774688_o

Dan setiap padang bola sepak yang ada di pusat latihan ini juga dilengkapi dengan lampu limpah yang bersesuaian untuk menjamin sesi latihan dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan.

23213268_1135363893263970_7964941549264802890_o

Hasilnya, ketika sesi latihan dilakukan semua dapat menikmati satu kemudahan yang terbaik dan membolehkan mereka fokus kepada konten latihan tanpa perlu risau kepada perkara lain.

26173878_1177559979044361_8110084268324269679_o

Selamat maju jaya Hong Kong FA!

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group