Jepun sebagaimana yang kita tahu mempunyai susun atur serta gerak kerja yang selaras bagi semua peringkat kelab dari divisyen yang bawah sehinggalah kelab yang berada dalam divisyen paling tinggi.

Semua kelab dalam hierarki bola sepak mengikut setup yang sama dan apa yang membezakan hanyalah saiz serta skala program bergantung kepada kemampuan kelab itu sendiri.

Dalam artikel ini, VocketFC mahu membawa semua untuk melihat bagaimana sebuah kelab divisyen 4 dalam hierarki bola sepak Jepun ini, Tokyo Musashino City FC, membuka slot-slot pengiklanan di stadium yang mungkin mampu membuka mata kita semua.

2 Slot Pengiklanan Di Stadium Tokyo Musashino City FC

Berdasarkan apa yang dipaparkan dalam laman web rasmi mereka, kelab ini membuka ruang untuk mana-mana pihak untuk menjadi penaja pasukan terutama pada hari perlawanan di dalam stadium.

1)Stretcher

e5a625b0c4c438132264cae486aa66ad

Kebanyakkan kelab di Jepun jika diperhatikan cuba memaksimakan ruang yang ada dibawah stretcher ini untuk menghasilkan pendapatan kepada pasukan.

Majoriti kelab kebiasaanya memberikan slot pengiklanan ini kepada syarikat berkaitan dengan farmaseutikal ataupun klinik serta hospital bersesuaian dengan penggunaan stretcher yang digunakan apabila pemain mengalami kecederaan.

Tokyo Musashino City FC mengenakan caj sebanyak JPY500,000 atau RM18,900 setahun secara pakej. Manakala JPY50,000 atau RM1,890 bagi setiap perlawanan. Murah atau mahal?

2) Bumbung Tempat Pemain Simpanan

ca4acb46de7ae0571019dc2535a1d16e-1024×411

Selain itu, bumbung tempat pemain simpanan yang sentiasa terdedah kepada penyokong yang hadir ke stadium juga dilihat sebagai satu opportunity yang baik untuk menghasilkan pendapatan kepada kelab.

Sekiranya perlawanan disiarkan oleh stesen televisyen, bahagian ini adalah antara spot yang sentiasa akan terpapar di skrin dan menjadikannya sebagai salah satu slot pengiklanan paling diminati.

Bagi pakej ini pula kelab Tokyo Musashino City FC mengenakan caj pakej 1 tahun sebanyak JPY2,000,000 atau RM75,600 bagi tempat duduk pemain simpanan home dan JPY1,500,000 atau RM56,700 bagi away.

Semua perkara untuk mengenalpasti slot pengiklanan seperti ini adalah menjadi tanggungjawab kelab supaya mereka mampu memaksimakan ruang yang ada sebagai pendapatan demi kelangsungan operasi kelab mereka selain memberikan peluang kepada syarikat atau jenama yang berminat menerima merit yang diperlukan.

Pengenalan Ringkas Tokyo Musashino City FC

Ditubuhkan pada tahun 1939, mereka merupakan salah sebuah kelab bola sepak semi-pro disekitar Tokyo yang memiliki sistem akademi sendiri terdiri dari pasukan bawah 18 tahun, bawah 15 tahun serta sekolah bola sepak untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Sejak musim 2016, mereka telah diterima masuk dalam keahlian ‘J.League 100 Year Plan‘ dan dengan status ini membolehkan mereka untuk memohon keahlian kelab J.League dimasa depan.

Musim 2019, Tokyo Musashino City FC menamatkan saingan dikedudukan ke 4 keseluruhan dengan kutipan 47 mata dari 29 perlawanan.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun Ini Catat Keuntungan RM423,211.90 Pada Tahun 2018

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka

Pemasaran Digital J.League Kenal Pasti 6 Jenis Penyokong, Susun Strategi Ampuh Pikat Minat Ke Stadium