Sebuah portal sukan tersohor Jepun, Sponichi Annex melaporkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Ligue 1 Perancis, sedang mengadakan perbincangan untuk membuka satu kuota khas bagi pemain import dari Asia.

Mengikut regulasi pemain import yang dibenarkan beraksi dalam Ligue 1, hanya 3 pemain import dibenarkan beraksi. Pengenalan kuota baru pemain import dari Asia itu nanti akan menjadikan kelab-kelab Ligue 1 dibenarkan untuk mengambil pemain import ke 4 dari negara-negara Asia.

Ligue juga melihat kepada perkembangan dimana sudah banyak pemilik-pemilik kelab di eropah berasal dari Asia telah berjaya membantu kelab eropah dan perkara ini juga termasuk dalam faktor untuk pihak mereka mempertimbangkan kuota khas pemain Asia.

Ligue 1 Mahu Buka Kuota Pemain Asia Mulai Musim 2019
Hiroki Sakai Marseille

Ketika ini juga menurut Sponichi Annex, 2 pemain Jepun sedang beraksi dalam Ligue 1 iaitu Eiji Kawashima bersama Metz dan Hiroki Sakai bersama Marseille.

Media Jepun melihat jika kuota khas pemain Asia dibuka bagi musim 2018/2019 selepas tamat kejohanan Piala Dunia Russia akan membolehkan lebih ramai bakat-bakat muda mereka mendapatkan platform terbaik beraksi seterusnya memberikan kesan langsung kepada prestasi skuad kebangsaan Jepun dimasa depan.