Lille mencipta sejarah menamatkan dominasi PSG dalam Ligue 11 sejak 2013. Walaupun musim lalu Lille menamatkan saingan di tangga keempat dan yang kedua sebelumnya, Lille musim ini ternyata pasukan yang sangat hebat.

Eden Hazard menyatakan sebelum ini, jika Lille juara musim ini maka mereka lebih hebat daripada pasukan yang menjuarai liga pada 2011 kerana Lille sekarang bersaing dengan PSG versi Qatar.

Mereka berjaya menjadi pendahulu carta sebanyak 18 minggu daripada 37 minggu kemnpen berbanding sembilan oleh PSG dan tiga oleh Lyon.

Pengurus Lille, Christophe Galtier tak mampu meluahkan kata kata ketika pasukannya memenangi perlawanan ke-38 liga untuk mengesahkan kejuaraan mereka selepas 10 tahun.

Pada 2017, Galtier mengambil alih Lille yang ketika itu bertarung dengan zon penyingkiran.

Galtier berkata: “Ini perestasi sangat hebat, ianya luar biasa. Ianya musim yang panjang hari yang sukar, banyak tekanan dan mengalahkan PSG pada hari terakhir adalah luar biasa.”

“Kredit kepada para pemain. Mereka meraih mata berdepan dengan pesaing kejuaraan. Saya takkan lupa saat mereka mengalahkan PSG di tempat lawan selepas kalah berdepan dengan Nimes di tempat sendiri.”

“Saya sayangkan skuad ini. Saya sayangkan pemain pemain ini,” kata Galtier yang akan meninggalkan Lille selepas tamat musim ini untuk menyertai Nice musim hadapan.

Galtier wajar dipuji. Walaupun berlaku pertukaran pemilikan kelab dan pemergian Pengarah Sukan, Luis Campos yang banyak membantunya, Galtier tetap berjaya memastikan pasukan Lille kekal fokus.

Sudah menjadi kebiasaan untuk pasukan juara, selain aksi berpasukan yang hebat, terselit juga prestasi individu yang luar biasa.

Penjaga gol yang dikaitkan dengan AC Milan, Mike Maignan menikmati musim terbaik dalam kariernya. Gandingan bek tengah, Jose Fonte dan Sven Botman menjadi pasangan bek tengah terbaik dalam Ligue 1 musim ini.

Kapten mereka, Benjamin Andre membantu pemain pemain muda seperti Boubakary Soumare dalam membentuk pemain itu menjadi bintang.

Paling menarik, bintang buangan Bayern, Renato Sanches yang pernah dianggap permata bola sepak dari Portugal, telah mendapatkan semula sentuhan ajaibnya musim ini.

Selain itu, prestasi cemerlang Burak Yilmaz juga sangat baik sekali dengan menjaringkan enam gol daripada lima perlawanan terakhir. Pada usianya 35 tahun, pemain Turki tersebut dicalonkan untuk anugerah pemain terbaik Ligue 1 musim ini, yang dimenangi Mbappe.

Dari sudut perniagaan, Lille sebelum ini melepaskan Nicolas Pepe dan juga Gariel Maghalhaes ke Arsenal. Dan wang besar daripada penjualan dua pemain itu digunakan sebaiknya untuk menguatkan lagi pasukan.

PSG menang 1 piala domestik. Namun mereka terlepas Ligue 1 dan juga sasaran utama mereka UCL.

Baca juga artikel

Slot UCL: Liverpool, Chelsea Lolos, Leicester Tersingkir Dengan Dramatik

RASMI: Gol Suarez Pastikan Atletico Madrid Juara Dengan Persaingan Dramatik Hari Terakhir

‘Tie Breaker’ Digunakan Jika Liverpool Dan Leicester Terikat Mata Dan Perbezaan Jaringan