Selepas tamat semua 6 perlawanan saingan Liga Super Malaysia 2021 untuk minggu ke-2, seperti biasa kami akan bawakan kepada anda jumlah tontonan melalui saluran Youtube unifi bagi perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung.

Dalam artikel sebelum ini, 3 perlawanan pertama untuk minggu ke-2 telah berjaya mencatatkan sekitar 2.3 juta tontonan dana selepas 3 lagi perlawanan berlangsung secara keseluruhannya Liga Super Malaysia 2021 telah berjaya merekodkan 3.38 juta tontonan!

Ia menjadikan jumlah tontonan untuk 2 minggu pertama saingan Liga Super Malaysia 2021 hampir 6 juta tontonan.

Berikut adalah pecahan jumlah tontonan yang sempat kami ambil ketika artikel ini ditulis untuk rujukan pembaca semua.

  1. Johor Darul Ta’zim bertemu Penang FC: 1,105,923 tontonan
  2. Kedah FC bertemu Sabah FC: 660,788 tontonan
  3. Terengganu FC bertemu Selangor FC: 603,107 tontonan
  4. Sri Pahang bertemu Perak FC: 580,404 tontonan
  5. Petaling Jaya City FC bertemu Melaka United FC: 278,213 tontonan
  6. Kuala Lumpur City FC bertemu UiTM FC: 156,293 tontonan

Angka-angka ini sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan bahawa masih ramai yang sayang dengan bola sepak tempatan terutamanya penyokong-penyokong pasukan yang cukup teruja untuk menyaksikan perlawanan.

Selain itu, ia juga berkait rapat dengan tujuan lain untuk menarik minat mereka yang ‘diatas pagar’ atau yang seolah-olah tidak peduli dengan bola sepak tempatan supaya tahu bahawa ada banyak perkara yang boleh kita ‘enjoy’ dengan liga tempatan sebenarnya.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

6 Perlawanan MD1 Liga Super Malaysia 2021 Raih Hampir 2.5 Juta Tontonan Di Platform Youtube

JDT Catat Rekod Tontonan Melebihi 1 Juta, 3 Perlawanan MD2 Liga Super Raih Hampir 2.3 Juta ‘Views’

Stadium Sultan Ibrahim Rangkul Anugerah ‘StadiumOfTheYear’ Undian Awam, Tempat Ke-5 Bagi Undian Juri Pakar Arkitek