Selepas saingan Liga Super 2020 disambung kembali bermula dengan perlawanan LS5, dan siaran langsung setiap perlawanan boleh ditonton melalui saluran Youtube unifi, secara keseluruhannya peminat bola sepak Malaysia sudah dapat menonton sekitar 42 perlawanan.

VOCKET FC telah melihat kembali jumlah tontonan yang telah direkodkan sejak perlawanan dimulakan kembali sehingga artikel ini ditulis, dan didapati bahawa 15,479,513 tontonan telah direkodkan!

Angka ini adalah hanya untuk tontonan perlawanan Liga Super 2020 dan melalui saluran Youtube sahaja. Jika diperhatikan, bagi setiap matchday pula purata tontonan adalah sekitar 2,211,359!

Untuk perlawanan yang mecatatkan jumlah tontonan paling tinggi, pertembungan pasukan JDT dan Selangor pada LS8 adalah perlawanan tunggal yang merekodkan lebih 1 juta tontonan iaitu 1,118,108.

Selain itu perlawanan LS8 juga merupakan matchday yang paling tinggi mencatatkan jumlah tontonan iaitu 2,979,432 dan purata setiap perlawanan adalah 496,572 tontonan!

Macam Mana Jumlah Tontonan TM Piala Malaysia 2020?

Walaupun hanya 1 perlawanan sahaja sempat dilangsungkan sebelum keputusan pembatalan kejohanan ini dibuat secara rasmi, angka tontonan yang direkodkan tidak kurang hebatnya.

7 perlawanan telah dilangsungkan dan berjaya mencatatkan 3,607,621 tontonan dengan purata 515,374 tontonan untuk setiap perlawanan.

Sehingga artikel ini ditulis, perlawanan Kedah bertemu Pahang mencatatkan jumlah tontonan paling tinggi iaitu 749,300 tontonan, diikuti oleh perlawanan JDT bertemu Kuching FA 722,970 tontonan.

Secara keseluruhannya, jika digabungkan kesemua perlawanan yang ditayangkan melalui platform Youtube ini, kita akan dapati bahawa sebanyak 19,087,134 tontonan telah berjaya direkodkan.

Apa yang kita boleh ambil dari data-data seperti ini? Tinggalkan pendapat anda diruangan komen untuk sama-sama kita kongsikan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Cadangan Pasukan ‘Graduan’ AMD Dalam Liga Premier, Platform Terbaik Maksimakan Bakat Muda Elit?

Tonton Video Tembual Hadi Fayyadh Dalam Bahasa Jepun Yang Amat Membanggakan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group