Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang Selangor, Ifedayo Olesegun berjaya memecahkan rekod yang dicipta oleh Mohamad Ghaddar pada 2017 bagi penjaring terbanyak dalam saingan Liga Super selama semusim.

Ifedayo mencapai angka jaringan ke-25 apabila menjaringkan hatrik pada aksi menentang Sabah di Stadium Likas semalam yang turut menyaksikan Selangor memenangi perlawanan dengan keputusan 6-0.

Ifedayo membuka tirai jaringan pada minit ke-24 dan kemudiannya menambah jaringan pada minit ke-24 dan ke-88. Tiga lagi jaringan Selangor dihasilkan oleh Mukhairi Ajmal (45), Hakim Hassan (46) dan Danial Asri (75).

Ghaddar mencipta rekod pada musim 2017 apabila beliau menjaringkan 23 gol di saingan Liga Super ketika beraksi bersama Kelantan dan kemudiannya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain dari Nigeria itu masih mempunyai peluang untuk menambah bilangan jaringan apabila Selangor bertemu Petaling Jaya City pada aksi terakhir liga. Penyerang JDT, Bergson juga masih mempunyai peluang untuk memintas Ifedayo untuk memenangi Kasut Emas dimana ketika ini Bergson berada di tangga kedua dibelakang Ifedayo dengan 23 jaringan.

Ifedayo mula beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Felda United pada 2017 dan kemudiannya berhijrah ke Melaka United pada musim 2018.

Penyerang berusia 30 tahun itu kemudiannya menyertai Selangor pada pertengahan musim 2019 bagi menggantikan Antonio German yang gagal menampilkan persembahan terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Nafuzi Zain: Surat Tunjuk Sebab Lumrah Dalam Bola Sepak

Bekas Pemain Sedih Perak Tersingkir Ke Liga Premier

Liga Super 2021: Melaka United Humban Perak Ke Liga Premier

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group