• 3 Polisi China FA: Tiada stadium kosong, tiada pengurangan perlawanan dan tiada penyambungan liga hingga 2021.
  • Jika gagal mencapai 3 polisi ini, Liga Super China musim 2020 terpaksa dibatalkan.

Persatuan Bola Sepak China (CFA) minggu lepas telah mengumumkan perancangan mereka untuk meneruskan liga domestik selepas ditangguhkan sejak Februari lalu kerana penyebaran wabak pandemik COVID-19.

Walaupun situasi wabak pandemik menunjukkan tanda pengurangan, namun mereka belum menetapkan tarikh rasmi untuk memulakan perlawanan Liga Super China kerana belum mencapai persetujuan dengan semua pemilik kelab mengenai 3 polisi tersebut.

Aksi
Photo by Chung Yan Man / Power Sport Images

Ia bermakna jika mereka gagal menjadualkan 30 perlawanan Liga Super China yang melibatkan 16 pasukan pada musim ini, liga tersebut terpaksa dibatalkan. CFA sebelum ini mengumumkan Piala FA tidak akan dibatalkan kerana perlu mencari wakil negara di pentas AFC tahun depan.

Situasi itu menyebabkan mereka sukar untuk menjadualkan semua perlawanan supaya dapat ditamatkan sebelum bulan Disember 2020. Lebih memeningkan kepala, mereka perlu mengambil kira jadual perlawanan AFC Champions League dan latihan pusat skuad kebangsaan.

Laporan daripada South China Morning Post menyebut CFA akan membuat keputusan rasmi pada minggu ini bergantung pada kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan saingan domestik.

EXKGlcaVcAAp2X7
FOTO: Titans Sport Plus

Selain itu, perbezaan iklim antara utara dengan selatan China memberi kesukaran kepada CFA untuk membuat jadual penuh perlawanan kerana bimbang ada penangguhan akibat keadaan cuaca yang tidak menentu.

Cuaca yang terlalu panas di wilayah selatan tidak sesuai untuk meneruskan perlawanan manakala bahagian utara akan mengalami cuaca yang terlalu sejuk dari bulan November.

Bukan itu sahaja, kebanyakan pemain import mempunyai masalah untuk menyertai kelab masing-masing kerana ada di kalangan mereka tidak dibenarkan masuk ke negara China sebagai langkah untuk mengawal penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini, peminat bola sepak di negara itu meluahkan kebimbangan mereka mengenai tahap kesihatan pemain selepas pemain tengah Shandong Luneng, Marouane Fellani muncul sebagai pemain pertama Liga Super China disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, Fellaini kini sudah sembuh sepenuhnya selepas tiga minggu berada di hospital.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Liga Turkmenistan Kembali Bersambung Minggu Ini Dengan Kehadiran Penonton

K League Berjaya Jual Hak Penyiaran Kepada 10 Negara Termasuk Malaysia

Penyerang Thailand Hampir “Pupus” Kerana Kelibat Pemain Import Dalam Saingan Thai League