Pengerusi kelab Guangzhou R & F memberi bayangan saingan Liga Super China pada musim 2020 bakal membuka tirainya pada penghujung bulan Jun atau awal bulan Julai.

Liga tersebut sepatutnya bermula pada 22 Februari lepas namun terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perintah “Lockdown” oleh kerajaan sebagai langkah membendung penularan wabak pandemik COVID-19.

Sejak minggu lalu, beberapa kelab Liga Super China mula menjalani latihan kecergasan selepas kes COVID-19 mencatat penurunan mendadak sehingga kerajaan membuka semula wilayah yang telah ditutup sebelum ini.

“Berdasarkan situasi semasa wabak pandemik, musim baharu Liga Super China akan bermula pada penghujung bulan Jun atau awal bulan Julai,” kata kenyataan daripada Pengerusi Guangzhou R & F, Huang Shenhua dipetik dalam yahoo sports.

https://twitter.com/afp_sport/status/1252106503135219712?s=21

Huang turut berkata musim ini setiap pasukan akan bermain dalam 30 perlawanan berbanding lebih 35 perlawanan seperti musim lalu. Saingan Piala tambahan mungkin dimansuhkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak China belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai tarikh baharu Liga Super China dan mereka dijangka akan mengadakan perbincangan dengan semua pemilik kelab dalam masa terdekat.

Sebelum ini, peminat bola sepak di negara itu meluahkan kebimbangan mereka mengenai tahap kesihatan pemain selepas pemain tengah Shandong Luneng, Marouane Fellani muncul sebagai pemain pertama Liga Super China disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, Fellaini kini sudah sembuh sepenuhnya selepas tiga minggu berada di hospital.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Liga Turkmenistan Kembali Bersambung Minggu Ini Dengan Kehadiran Penonton

Indonesia Lancar Jersi Baharu Daripada Jenama Tempatan

Pemain Skuad Kebangsaan China Dipecat Dari Guangzhou Evergrande Kerana Guna Nombor Plat Palsu

“Secara Peribadi Nguyen Quang Hai Adalah No.1, Tetapi Dalam Bola Sepak Kelas Dunia Dia Adalah Nothing”