Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aksi liga bola sepak Malaysia dijangka akan berubah apabila saingan Liga Super Malaysia akan memiliki 18 buah pasukan bertanding dalam satu musim mulai tahun 2023.

Perubahan bilangan pasukan ini dikatakan akan menambahkan lagi ‘seri’ perlawanan dalam Liga Super selain pasukan yang bertanding akan menerima lebih banyak perlawanan liga dalam 1 musim.

Ketika ini dengan hanya 12 pasukan bersaing, setiap pasukan hanya akan mempunyai 22 perlawanan liga semusim, dan mulai tahun 2023 nanti, setiap pasukan akan beraksi dalam 34 perlawanan liga.

Tiada Aksi Liga Premier Mulai Musim 2023

Selain itu, aksi Liga Premier juga ‘dihilangkan’ buat sementara waktu mulai tahun 2023 juga.

Dari maklumat yang kami perolehi 6 pasukan dari Liga Premier akan membentuk 18 pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Super 2023, manakala bakinya akan beraksi dalam saingan Liga M3.

Aksi Liga Simpanan Dan Liga Bawah 17 Tahun

2 lagi liga akan diadakan mulai tahun 2023 adalah Liga Simpanan dan juga Liga B17 dimana saingan kedua-dua liga ini akan memiliki 18 pasukan bertanding.

Pasukan-pasukan dalam liga ini dilihat sebagai skuad pembangunan kepada semua 18 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super 2023.

Ini adalah gambaran secara ringkas bagaimana perubahan dalam aksi bola sepak tempatan Malaysia akan berlaku mulai tahun 2023. Sehingga artikel ini dikeluarkan masih belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak MFL dan dijangka akan diterbitkan dalam masa terdekat.

Selain itu, semua pasukan-pasukan yang bertanding sudah sedia maklum dengan perubahan yang akan berlaku ini kerana semua perbincangan telah diadakan bersama-sama.

Untuk maklumat lebih jelas mengenai butiran perubahan Liga Bola Sepak Malaysia 2023, sama-sama kita nantikan penjelasan dari MFL.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Hanya JDT Miliki ‘Bespoke Jersey’ Nike Dan Kelab Premium Tunggal Di Rantau Asia Tenggara Ketika Ini

“Sebab Mercun Itu, Saya Kena Bawa Anak Ke Hospital Terima Rawatan. Berlubang Belakang Peha Dia.”

Impak Segera Pratama Arhan, Pengikut Instagram Tokyo Verdy Meningkat 1100% Dalam 3 Hari

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group