Kelmarin, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah melancarkan edisi pertama Liga SupaRimau dengan kerjasama Maxim Events dan Boost Juice Malaysia yang bakal disertai lebih kurang 300 akademi bola sepak dari seluruh negara.

Liga SupaRimau ialah kejohanan berlandaskan pembangunan bola sepak dan akar umbi. Ia juga merupakan medan untuk mencungkil bakat kanak-kanak serta remaja lelaki dan wanita berusia antara 6 hingga 16 tahun sehingga membekalkan pemain berkualiti untuk skuad kebangsaan.

Program Piagam SupaRimau FAM telah dilancarkan pada 4 Mei 2019 dan sejak itu, FAM telah merekodkan 265 akademi bola sepak seluruh negara telah berdaftar dibawah program berkenaan.

grassroots_charter

Timbalan Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM, Dato’ Sivasundaram Sithamparam Pillai berkata, Liga SupaRimau ini telah dilancarkan bagi mempromosikan sukan bola sepak selain sejajar dengan objektif unit akar umbi FAM untuk mencipta peluang bermain di dalam persekitaran yang selamat dan menyeronokkan.

“Sejak dilancarkan pada 2019, 2 akademi bola sepak telah memiliki keahlian emas, 19 akademi telah memiliki keahlian perak dan 90 akademi telah memiliki keahlian gangsa.

“Menerusi piagam akar umbi yang sejajar dengan Peta Hala Tuju F:2019-2030 ini, akademi-akademi bola sepak seluruh negara akan berada di landasan yang tepat terutama sekali di peringkat bola sepak akar umbi,” kata Dato’ Sivasundaram.

PicsArt_03-30-05.11.08
FOTO: FAM

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxim Events, William Kucia, Liga Suparimau FAM akan memulakan kempen pada 12 dan 13 Jun ini.

“Dengan wujudnya Liga SupaRimau FAM ini, ia dapat mencipta kesamarataan dalam peluang untuk beraksi di antara lelaki dan wanita sekaligus membenarkan talent to be developed.

“Pertandingan ini juga akan menjadi asas kepada piramid bola sepak di Malaysia dan secara tidak langsung, memberi pendedahan awal dan peluang untuk memupuk kepada generasi muda tentang sukan bola sepak,” jelasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kerteh Sport City Bakal Beri Pengalaman Baharu Kepada Peminat Bola Sepak Tempatan

Faisal Halim Waspada Ancam Bakal Diberikan PJ City FC

Logo Dan Jenama Harimau Malaya Rupanya Sudah Didaftarkan Dengan MyIPO, FAM Adalah ‘Trademark Holder’

Tiada Jualan Tiket Untuk Perlawanan JDT Menentang Melaka United