La Liga dilaporkan bakal kembali bersambung pada 11 Jun akan datang. Presiden La Liga, Javier Tebas juga sudah memberikan lampu hijau tentang perkara itu.

Pada 23 Jun lalu, Perdana Menteri Sepanyol, Pedero Sanchez memberikan kebenaran untuk liga kembali di sambung seawal 8 Jun.

Namun BeIN Sports melaporkan bahawa La Liga akan kembali beraksi pada 12 Jun akan datang. Namun Javier Tebas memberikan bayangan bahawa akan ada perlawanan yang turut dilangsungkan pada 11 Jun.

Perlawanan yang dijangka akan berlangsung 11 Jun adalah derbi di antara Sevilla dan Real Betis.

Bola sepak di Sepanyol juga sama seperti mana bola sepak di negara Eropah yang lain. Terpaksa ditangguhkan sementara kerana masalah COVID-19 yang melanda.

Namun La Liga sudah menyatakan ikrar mereka akan menamatkan musim ini sebaiknya.

Ketika liga ditangguhkan, Barcelona memimpin carta liga dengan hanya dua mata di atas Real Madrid.

Ini adalah peluang terbaik untuk Real Madrid dalam usaha mereka mahu menghalang Barcelona daripada menjadi juara 3 kali berturut-turut selepas 2009-11.

Kesemua perlawanan sudah pastinya akan diadakan dalam stadium kosong dan dengan prosedur keselamatan dan kebersihan yang sangat ketat.

Pasukan pasukan di Sepanyol sudah pun mulai menjalani latihan sejak beberapa minggu lalu setelah diberikan kebenaran oleh kerajaan.

Liga Sepanyol sedang mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Di mana mereka sedang melakukan ujian dan pemeriksaan COVID-19 secara berkala.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Zidane Lebih Sukakan Mane Berbanding Mbappe

Arsenal Kena Jual Aubameyang Daripada Pergi Percuma

Xavi Suruh Barca Jauhi Mane & Aubameyang Yang Tak Sesuai Dengan Mereka