Pernahkan anda membuat perbandingan tentang Liga Divisyen 1 Arab Saudi dengan Liga Super Malaysia?

Satu statistik dikeluarkan, tentang di mana Liga Super Malaysia seringkali dibuat perbandingan.

Kita selalu menyatakan, Liga Malaysia mungkin setaraf dengan liga divisyen ke-3 atau ke-4 di England.

Teori itu kini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Asian Football Analysis Zone.

Kerana menurut kajian itu, jika di England, Liga Super Malaysia berhak untuk dibandingkan dengan liga divisyen ke-3 mereka yang disebut sebagai League 2.

Selain itu kajian yang sama menyebut bahawa, Liga Malaysia seringkali dibandingkan dengan Liga Pro Saudi.

Bermakna, Cristiano Ronaldo pada ketika seringkali dianggap bermain dalam liga yang dianggap setaraf Liga Malaysia?

Memandangkan superstar Portugal itu sedang bermain untuk Al Nassr di Liga Pro Saudi.

Kredit Foto: Al Nassr

Antara liga lain yang turut dianggap setaraf dan memiliki ‘similariy’ dengan Liga Super Mslaysia adalah Liga Segunda Venzuela, Liga Kebangsaan 2 Perancis yang merupakan divisyen keempat di Perancis.

Ini adalah hasil kajian mereka:

Adakah analisis ini dianggap boleh percaya.

Jika dilihat pada Liga Alef, ianya liga divisyen ketiga di Israel. Dan kualitinya jauh terkebelakang berbanding divisyen ketiga di England.

Seterusnya, untuk Liga Pro Saudi, mereka antara liga yang berpengaruh di Asia dengan menghasilkan juara ACL terbanyak dalam sejarah iaitu Al Hilal dengan 4 kejuaraan.

Manakala Al Ittihad pula dengan 2 kejuaraan Asia milik mereka. Menjadikan Liga Pro Saudi memiliki 6 kejuaraan ACL secara terkumpul.