Penyokong bola sepak Singapura bakal berpeluang menonton bintang tempatan mereka yang beraksi di Liga Malaysia iaitu kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Harris Harun, Safuwan Baharudin (Pahang), Khairul Amri (Felda United) dan pemain Kedah, Shakir Hamzah.

Ini kerana stesen penyiaran Singapura, Singtel TV akan menyiarkan 30 perlawanan terpilih Liga Super Malaysia 2019, Shopee Piala FA dan Piala Malaysia bermula 29 Jun 2019 di saluran Mio Sports 111-113.

Perjanjian yang menyaksikan Reddentes Sports menandatangani hak penyiaran bola sepak Malaysia menerusi Singtel TV itu bakal menyiarkan sejumlah 30 perlawanan dari ketiga-tiga pertandingan itu termasuk separuh akhir dan final Piala Malaysia.

Safuwan Baharuddin
Sumber Gambar: Pahang FA

Meskipun JDT sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super selepas menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Hang Jebat semalam dengan berbaki empat perlawanan, saingan liga utama itu tetap menarik sehingga ke penghujung musim.

Perlawanan pertama yang akan disiarkan di Singtel TV bermula aksi Shopee Piala FA di antara Perak dan Pahang yang menyaksikan kelibat Safuwan untuk menggerakkan jentera tengah skuad Tok Gajah itu.

Shakir Hamzah
Sumber Gambar: Kedah FA

Disusuli aksi selepas itu pertembungan penyerang FELDA Khairul Amri menentang Aidil dan Shakir bersama Helang Merah.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata beliau cukup teruja Liga Malaysia terus mendapat tumpuan positif daripada negara jiran dan berharap kerjasama itu bakal memberikan manfaat besar kepada kesemua penyokong bola sepak di Asia Tenggara.

Kevin Ramalingam

“Musim 2019 telah menjadi satu yang menarik dengan kehadiran beberapa bintang Singapura yang bermain di Malaysia.

“Kami sangat gembira melihat Singtel TV datang dalam perjalanan ini apabila kami berusaha untuk mempamerkan bola sepak Malaysia kepada penonton di luar negara. Kami berharap ini adalah permulaan kerjasama yang panjang di luar musim ini,” katanya.

Sementara itu, Reddentes Sports Managing Partner, Mark Chew berkata: “Peminat bola sepak di Singapura sentiasa mempunyai minat yang kuat terhadap Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia.

“Dengan kapten pasukan kebangsaan Hariss dan bintang-bintang seperti Amri, Safuwan dan Shakir dalam pertandingan, ia adalah sesuatu yang kami sedang bekerja di Reddentes untuk masa yang lama.

Khairul Amri
Sumber Gambar: Felda United

“Peminat sekarang akan dapat menyaksikan beberapa Lions kegemaran mereka beraksi di atas padang bersama kelab mereka dan kami gembira telah memainkan peranan kami dalam menjadikan perkara ini menjadi kenyataan.”

JADUAL PERLAWANAN SIARAN LANGSUNG DI BAWAH SINGTEL TV

29 Jun 2019 (Sabtu)
Pusingan kedua separuh akhir Shopee Piala FA
Perak lwn Pahang
9 malam

30 Jun 2019 (Ahad)
Pusingan kedua separuh akhir Shopee Piala FA
Felda United lwn Kedah
9 malam

5 Julai 2019 (Jumaat)
Liga Super
PKNS lwn Terengganu FC

6 Julai 2019 (Sabtu)
Liga Super
Perak lwn JDT

7 Julai 2019 (Ahad)
Liga Super
Felda lwn Selangor

10 Julai 2019 (Rabu)
Liga Super
JDT lwn Petaling Jaya City

12 Julai 2019 (Sabtu)
Liga Super
Terengganu FC lwn Pahang

14 Julai 2019 (Ahad)
Liga Super
Kuala Lumpur lwn JDT

17 Julai 2019 (Rabu)
Liga Super
Pahang lwn Felda United

19 Julai 2019 (Jumaat)
Liga Super
JDT lwn Terengganu FC

21 Julai 2019 (Ahad)
Liga Super
Felda United lwn Kedah

27 Julai 2019
Final Shopee Piala FA
Felda United/Kedah lwn Perak/Pahang

Nota: Singtel TV turut akan menyiarkan siaran langsung 18 perlawanan Piala Malaysia bersama 12 perlawanan Liga Super dan Shopee Piala FA.