Skuad Gergasi Merah kemungkinan akan mengharungi aksi pertama Liga Super 2020 menentang Pahang tanpa khidmat penyerang import dari Sepanyol, Rufino Segovia berikutan kecederaan yang dialaminya belum menunjukkan tanda positif.

Rufino disahkan mengalami kecederaan di bahagian tumitnya sejak bulan Mei tahun lepas sehingga terpaksa digugurkan. Tempat Rufino ketika itu diisi oleh penyerang Nigeria, Ifedayo Olesegun yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2019.

Menurut pengendali pasukan itu, B. Sathiananthan, beliau menyerah sepenuhnya kepada pasukan perubatan untuk melakukan kerja mereka dan berharap pemain yang berusia 35 tahun itu mampu beraksi dalam Liga Malaysia musim ini tanpa sebarang masalah.

“Saya sebenarnya boleh tunggu Segovia kembali cergas dan bila dia betul-betul bersedia untuk diturunkan, barulah diturunkan, tetapi saya tidak tahulah sama ada penyokong boleh tunggu. Kita tidak mahu terburu-buru senaraikan dia, nanti dia main satu atau dua game, kemudian cedera balik, siapa yang susah.

“Jadi biar pasukan perubatan kita buat kerja mereka dan mengesahkan dia sudah 100 peratus boleh bermain, kita sudah tunggu terlalu lama, kalau kita putus asa sekarang tidak ada gunanya,” kata Sathianathan seperti dipetik dalam Fox Sports

79969492_3321526461253155_4430011002045595648_n

FOTO: FA Selangor

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon menjelaskan pihaknya sanggup membawa masuk kepakaran dari luar negara untuk memastikan bekas penyerang Atletico Madrid itu kembali beraksi di atas padang

“Kami lakukan yang terbaik, membawa masuk kepakaran dari luar negara untuk memulihkannya. Insya-Allah dalam perlawanan keempat atau kelima Liga Super, dia dijangka boleh beraksi,” ujar Dr. Johan.

Selangor kini dalam persiapan menghadapi kejohanan Asia Challenge yang melibatkan pasukan terbaik Asia Tenggara seperti Persib Bandung, Bangkok United dan Hanoi FC kemudian menyertai kejohanan jemputan di China pada minggu depan bagi menguji keupayaan pasukan itu bersaing di peringkat Asia.

Dalam kejohanan jemputan di China, Selangor akan menentang kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu selain bertemu tuan rumah, Meizhou Hakka FC.

Meizhou Hakka FC merupakan kelab daripada divisyen 2 liga China dan pasukan itu menduduki di tangga ke 10 dengan 39 mata pada musim 2019

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

FAM Mungkin Akan Tarik Balik Lesen Kelab Yang Berdepan Masalah Tunggakan Gaji

Bekas Penyerang Everton, Victor Anichebe Berada Dalam Radar Melaka United

Fernando Rodriguez Sertai Johor Darul Ta’zim II?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group