Pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dilaporkan hampir pasti menyertai Sabah dalam saingan Liga Super musim depan setelah dilepaskan oleh pasukan Pahang.

Jodoh antara Saddil bersama tok gajah hanya bertahan selama semusim apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak meskipun masih lagi berbaki satu tahun.

Menurut sumber, beliau dijangka akan menandatangani kontrak dengan skuad tambadau itu selepas tamat tugasan negaranya dalam saingan Sukan SEA 2019 yang sedang berlangsung di Filipina.

Malah, pembantu jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia iaitu Kurniawan Dwi Yulianto juga dilaporkan akan menjadi ketua jurulatih baharu pasukan itu bagi menggantikan tempat Jelius Ating sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai kemasukan Saddil Ramdani.

Jelius Ating terpaksa diturunkan pangkat berikutan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kualiti yang dimiliki oleh Saddil serta sedikit pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan Indonesia dilihat mampu membantu pasukan Liga Malaysia untuk memperkuatkan di bahagian serangan.

Bagi saingan musim 2019, Saddil Ramdani membantu Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua serta peringkat separuh akhir saingan bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia. Beliau menjaringkan dua gol dalam 26 penampilan.

Selain Saddil, Sabah turut membawa masuk rakan sepasukannya dalam skuad Pahang iaitu Zubir Azmi bagi memperkuatkan benteng pertahanan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan perpindahan pemain sebelum saingan Liga Malaysia 2020 bermula. 

Liridon Krasniqi Dilihat Sedang Menjalani Latihan Bersama Pasukan JDT, Sedia Beraksi Untuk Harimau Malaya 2020?

Liga Malaysia 2020: Pahang Bawa Masuk Dua Penjaga Gol Baharu

Nazrin Nawi Hampir Pasti Menyertai Pasukan Kelantan, KAFA Masih Memburu Beberapa Pemain Berstatus Bintang