Kelab bola sepak Felda United hari ini mengumumkan kemasukan pemain tengah dari Jepun, Ryutaro Megumi bagi mengisi kuota pemain import Asia dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Megumi merupakan bekas pemain kelab Tampines Rovers yang berpengkalan di Singapura pada musim 2019. Megumi juga amat mengenali penyerang skuad The Fighters, Khairul Amri ketika bermain di Tampines Rovers sebelum ini.

Tampines Rovers merupakan kelab profesional pertama yang disertai oleh pemain yang berusia 26 tahun itu kerana sebelum berhijrah ke Singapura, beliau hanya beraksi bersama kelab semi pro, Tsukuba FC dalam liga divisyen 5 Jepun.

Sepanjang bersama Tampines sejak 2017, Megumi telah menjaringkan 21 gol dalam 48 penampilan. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Kelayakan AFC Champions League dan AFC Cup.

Selain Megumi, Felda United turut menandatangani 2 lagi pemain import baharu iaitu Momcilo Raspopovic dari Serbia untuk memperkuatkan benteng pertahanan dan bekas pemain import Negeri Sembilan,  Nicholas Velez yang akan berganding bersama Khairul Amri di posisi serangan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Herold Goulon Tolak Tawaran Kelab Portugal Untuk Kekal Bersama Pahang

Liga Malaysia 2020: Jeon Hyo-Seok Belum Pasti Sertai Skuad The Bos Gaurus

Wan Azraie Sah Sertai Pendatang Baharu Liga Super