Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) semalam mengumumkan kemasukan penjaga gol muda dari PKNS FC iaitu Tauffiq Ar Rasyid Johar dalam skuad gergasi merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau yang juga merupakan bekas pemain pasukan Belia dan Presiden PKNS FC akan mengisi posisi penjaga gol ketiga dibelakang Khairul Azhan dan Farizal Harun.

Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan dua pemain itu, Tauffiq mempunyai kelebihan dari segi ketinggian dengan 1.86 meter dan sedia mencabar posisi yang dipegang oleh mereka.

Ketika bersama PKNS FC, Taufiq sempat beraksi dalam dua perlawanan Liga Super, iaitu ketika tewas 2-1 kepada JDT di Larkin, dan tampil sebagai pemain gantian kepada Zarif ketika tewas 2-3 kepada Selangor di Shah Alam.

Selain itu, Tauffiq juga merupakan pemain yang keempat disahkan sertai skuad kendalian B. Satiananthan itu selepas FAS mengumumkan kemasukan Rodney Celvin, Brendan Gan dan Nor Hakim Hassan.

Selangor setakat ini telah mengekalkan khidmat tiga pemain import iaitu Sandro Da Silva, Rufino Segovia dan Taylor Regan. Mereka turut melakukan rombakan dengan melepaskan 8 pemain untuk membentuk barisan yang lebih mantap pada musim depan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Selangor melalui pautan dibawah.

Faiz Nasir Antara 8 Pemain Yang Sah Meninggalkan Pasukan Selangor

Brendan Gan Sah Sertai Pasukan Selangor

Safuwan Baharudin Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Selangor