Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini mengumumkan bekas penyerang skuad kebangsaan Togo, Francis Kone sebagai pemain import baharu pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Kone sebelum ini bermain untuk kelab FC Zbrojovja Brno dalam Liga divisyen 1 Republic Czech. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam beberapa negara antaranya Thailand, Oman, Portugal, Hungary sebelum ke Malaysia.

Beliau bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak kerana pada tahun 2017, kone menjadi tumpuan dunia apabila dianugerahkan FIFA Fair Play selepas menyelamatkan nyawa penjaga gol pasukan Bohemians 1905, Martin Berkovec dalam saingan Liga Republic Czech.

Ketika itu, kedudukan kedua-dua pasukan masih terikat 0-0. Kone cuba mengejar hantaran jauh ke sebelah kanan padang. Kapten Bohemians 1905, Daniel Krch sudah memintas larian Kone. Bola melambung masuk ke kotak penalti.

Kemudian, penjaga gol Bohemians 1905, Martin Berkovec meluru keluar untuk menangkap bola dan Kone mendengar satu bunyi hentakan kuat. Kepala Berkovec bertembung dengan kepala Krch.
Kedua-duanya jatuh terbaring.

Melihat kejadian itu, Kone secepat kilat bertindak memberi bantuan kecemasan dengan membuka rahang Derkovec lalu memasukkan jarinya ke dalam mulut pemain tersebut.

Walaupun jarinya sakit dek terkena gigitan Derkovec, dia cuba menarik lidah Derkovec yang menutup ruang pernafasan kerongkongnya. Mujurlah Kone bertindak pantas. Dan nyawa Derkovec dapat diselamatkan.

Dengan kemasukan Kone, Kuala Lumpur kini sudah melengkapkan kuota pemain import selepas menandatangani penyerang dari Perancis, Guy Gnabouyou, pemain tengah dari Brazil, Paulo Josue yang turut dilantik sebagai ketua pasukan dan pemain pertahanan Kyrgyzstan, Azamat Baimatov bagi mengisi kuota pemain import Asia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Kuala Lumpur melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Marseille Perkuatkan Jentera Serangan Kuala Lumpur

Hasrat KLFA Wujudkan Kuala Lumpur II Tidak Diluluskan MFL