Laman facebook rasmi Selangor FA hari ini mengumumkan kemasukan pemain kelahiran Manchester, England, Nicholas Ryan Swirad sebagai pemain baharu bagi memperkuatkan benteng pertahanan Red Giants musim depan.

Berdarah kacukan Inggeris-Melayu itu juga merupakan bekas pemain PKNS FC dan Melaka United.

Karier bola sepak professional beliau bermula pada 4 tahun yang lalu bersama pasukan Northern Rangers selepas 8 tahun bermain di non-league football di tempat kelahirannya.

Bersama Northern Rangers, Swirad berjaya mencatat 13 penampilan dan menjaringkan dua gol. Beliau kemudiannya mula berhijrah ke Malaysia selepas ditawarkan untuk bermain bersama pasukan Johor Darul Takzim II pada tahun 2016.

Pada tahun 2018, Nick dilamar oleh pasukan Melaka United sebelum berhijrah ke PKNS FC musim ini.

“Bermain di bahagian pertahanan tengah, sudah pasti Swirad mampu untuk membantu kualiti bahagian pertahanan bersama Taylor Regan dan Rodney Celvin bagi musim hadapan,” kata kenyataan daripada laman web FAS.

Sebelum ini, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan untuk menghadapi kejohanan empat negara, Piala AIRMARINE 2019 pada bulan April lalu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Liridon Krasniqi Dilihat Sedang Menjalani Latihan Bersama Pasukan JDT, Sedia Beraksi Untuk Harimau Malaya 2020?

Liga Malaysia 2020: Pahang Bawa Masuk Dua Penjaga Gol Baharu

Khairul Amri Sah Kekal Bersama Felda United Musim Depan