Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) semalam mengumumkan pemain berasal dari Haiti, Sony Norde kini sah sebagai pemain import baharu Melaka United bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020.

Menurut kenyataan daripada MUSA, pemain berusia 30 tahun itu adalah seorang pemain di posisi Tengah Menyerang (Attacking Midfielder) yang sebelum ini beraksi di beberapa negara serta pemain kebangsaan Haiti.

Beliau merupakan pemain dari skuad pembangunan kelab terkemuka Argentina, Boca Juniors dari 2008 hingga 2011 sebelum ke Mexico menyertai kelab San Luis B dan Altamira.

Sekitar 2013 hingga 2014, beliau kemudiannya berhijrah ke 2 kelab Bangladesh Premier League, Sheikh Russel KC dan SJD Club.

82231252_2695085074052884_4555197345830010880_o
FOTO: MUSA

Kelincahan beliau telah menarik kelab-kelab terkemuka India untuk membawanya beraksi di I-League sekitar 2014 hingga 2019 bermula dengan mewakili Mohun Bagan sebelum pernah dipinjamkan ke Mumbai City FC pada 2015 dan 2016.

Sebelum ke Melaka United, beliau menyertai kelab Azerbaijan, Zira FK untuk beraksi dalam liga utama negara itu, Azerbaijan Premier League.

Pencapaian terbaik Norde setakat ini ialah membantu Mohun Bagan muncul Juara I-League musim 2014/2015 dan Juara Indian Federation Cup 2015/2016 selain telah menyumbang 2 gol antarabangsa sepanjang bersama Haiti setakat ini.

Norde juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Haiti dalam kejohanan CONCACAF pada tahun 2015 dan Copa America 2016. Pengalaman yang dimiliki Norde bakal memantapkan lagi Skuad Hang Tuah sebagai salah satu pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Beliau menandatangani kontrak semusim bersama Skuad Hang Tuah yang turut dihadiri Pegawai Khas Presiden, En Syahrul Nizam Shamsuddin mewakili Presiden MUSA yang turut dihadiri Bendahari Kehormat MUSA, En Mohamad Rashidi Othman dan Ketua Jurulatih Melaka United, En Zainal Abidin Hassan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Kelantan Terima Kelulusan Perlesenan Kelab FAM/AFC Secara Bersyarat, Sedia Mencabar Musim 2020

Melaka, PDRM Dan Kelantan Berdepan Risiko Terkeluar Dari Saingan Liga Jika Terus Ingkar

Kedah Muncul Sebagai Juara Piala SMART RSN 2020 Selepas Menewaskan Phnom Penh Crown FC