Kuota pemain import skuad Melaka United kini sudah lengkap sepenuhnya selepas mereka mengumumkan kemasukan pemain kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn bagi mengis kuota pemain import ASEAN Liga Malaysia musim ini.

Menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi Melaka United, Narupon atau lebih dikenali sebagai Nazza berusia 31 tahun adalah seorang pemain yang boleh beraksi di posisi Pertahanan Tengah dan Tengah Bertahan (Defensive Midfielder).

Sebelum beraksi di Thai League 1, beliau adalah antara produk pembangunan kelab terkemuka Wales, The New Saints (TNS).

86281907_2716061081955283_8399307923175505920_o
FOTO: MUSA

Narupon memulakan kariernya di Thailand bersama Bangkok United pada tahun 2013 sebelum menyertai beberapa kelab terkemuka negara itu seperti Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi dan Nakhon Ratchasima.

Setakat ini beliau telah mengecapi beberapa kejayaan antaranya membantu TNS menjuarai Welsh Premier League dan FAW Premier Cup pada musim 2006/2007 selain membantu Buriram United menjuarai Thai League 1 2017 dan Mekong Club Championship pada 2016.

Beliau sempat diturunkan dalam perlawanan persahabatan bertemu Terengganu FC II semalam dimana skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu mencatat kemenangan tipis 1-0.

Selain Narupon, 4 pemain import yang membarisi skuad Hang Tuah pada musim ini ialah Sony Norde (Haiti), Uche Agba (Nigeria), Romel Morales (Colombia) dan Jang Suk-Won (Korea Selatan).

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Hang Tuah yang mungkin anda terlepas pandang. 

Pra Musim: Tiga Aksi Di Bandung Dedahkan Kelemahan Melaka United Yang Perlu Diperbaiki

Isu Tunggakan Gaji Melaka United Hampir Selesai

Liga Malaysia 2020: Melaka United Ikat Pemain Skuad Kebangsaan Haiti