Bekas pertahanan Terengganu era 90-an, Mohamad Ishak Kunju Mohamad dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan PDRM FA bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi skuad the cop.

Beliau akan menggantikan tempat E. Elavarasan yang memilih untuk tidak menyambung khidmatnya bersama pasukan itu setelah berjaya membantu PDRM FA raih slot ke Liga Super 2020.

“Saya mengambil keputusan selepas gagal mencapai persetujuan dalam beberapa perkara bersama PDRM. Tapi, biarlah ia menjadi rahsia antara kami,” kata Elavarasan.

Musim 2018, Elavarasan turut menjadi watak penyelamat kepada pasukan Melaka United apabila berjaya memastikan pasukan itu terus kekal dalam saingan Liga Super tapi akhirnya memilih untuk tidak menyambung kontrak.

Mulai musim depan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan semua pengendali pasukan Liga Super mempunyai lesen kejurulatihan Diploma AFC Pro.

Ishak Kunju dilihat sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Elavarasan memandangkan beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun dalam bidang kejurulatihan termasuk sebagai instruktor FAM dan AFC.

78886914_1401193790060943_4158359225426247680_o
FOTO: PDRM FA

Ishak yang pernah melatih pasukan Marcerra United digelar sebagai ‘kereta kebal’ ketika menyarung jersi skuad Penyu musim 1996 hingga 1997 di bawah bimbingan Abdullah Mohamad di posisi bek kiri.

Ketika zamannya sebagai pemain, beliau membantu pasukan mara ke separuh akhir Piala FA 1997 sebelum tewas dengan agregat 3-2 kepada Pulau Pinang.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Firza Andika Intai Peluang Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Musim Depan

Guilherme De Paula Semakin Hampir Sertai Pasukan Perak?

Saddil Ramdani Sudah Tiba Di Malaysia, Gabung Sabah FA?