Meskipun kehilangan beberapa pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain, pengendali Felda United, Nidzam Jamil tidak mahu menjadikannya sebagai alasan sebaliknya sudah ada ramuan terbaik untuk memberikan tentangan sengit kepada pencabar terkuat Liga Super musim depan.

Katanya dalam Sinar Harian, beliau akan mempertaruhkan barisan pemain yang sedia ada ditambah pula dengan kemasukan pemain import yang berkualiti.

“Saya tidak suka menggunakan perkataan mengganggu persiapan pasukan, sebaliknya saya selaku jurulatih yang diamanahkan perlu mencari penyelesaian selepas pemergian pemain-pemain ini.

“Namun, kami cuba untuk kekalkan pemain sedia ada selain membawa masuk tiga pemain import baharu bagi memperkuatkan pasukan. Kita juga akan mendapatkan khidmat pemain import di posisi 10 kerana Felda United telah kehilangan ramai pemain di bahagian serangan.

“Pada masa sama, kami juga telah membawa masuk beberapa pemain tempatan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan tonggak utama musim lalu seperti Fadhil Idris daripada PKNP dan beberapa pemain lain,” katanya.

78668090_2997357376975609_2870442977400979456_n
Nidzam Jamil bersama pengurus pasukan. FOTO: FELDA UTD

Skuad The Fighters setakat ini telah menandatangani 3 pemain import baharu iaitu Ryutaro Megumi dari Jepun, Momcilo Raspopovic dari Serbia untuk memperkuatkan benteng pertahanan dan bekas pemain import Negeri Sembilan, Nicholas Velez yang akan berganding bersama Khairul Amri di posisi serangan.

“Kami tidak mahu belanja berlebihan, sebaliknya mendapatkan pemain berkualiti pada harga yang baik. Kita tidak beli key player tapi kita perlu create key player dan itu adalah tugas saya bersama barisan jurulatih.

“Kita mahu wujudkan pasukan yang dananya kecil tetapi mampu mencabar pasukan-pasukan berbelanja besar. Walaupun sukar tetapi dengan pelan yang bagus, insya-ALLAH kita mampu,” jelasnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Norhafiz Zamani Misbah Gesa KAFA Segera Selesaikan Tunggakan Gaji

FAS Tidak Gunakan ‘Jalan Belakang’ Dapatkan Pemain AMD

Liga Malaysia 2020: Skuad The Cops Bakal Dibarisi Oleh 60 Peratus Anggota Polis

Sumber