Status penyerang dari Nigeria, Dickson Nwakaeme sebagai pemain import Liga Malaysia musim 2020 masih lagi menjadi tanda tanya walaupun beliau sudah turun menjalani latihan bersama skuad Tok Gajah sejak kelmarin.

Malah, kelibat Nwakaeme turut kelihatan dalam perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Stadium Temerloh semalam dimana skuad kendalian Dollah Salleh itu mencatat kemenangan 2-0.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih dalam rundingan dengan pemain tersebut sebelum disahkan menjadi milik pasukan itu.

“Namun, setakat ini perbincangan masih lagi diadakan oleh kedua-dua pihak sama ada Nwakaeme kembali menjadi nadi utama skuad Tok Gajah musim ini.

“Jika diikutkan Pahang begitu mengharapkan sentuhan berbisa Nwakaeme kerana dia mempunyai aura yang tersendiri apatah lagi peminat Tok Gajah amat menyukainya,” kata sumber itu.

Dickson Nwakaeme
FOTO: Pahang FA

Pahang setakat ini telah menandatangani dua pemain import iaitu Ivan Carlos (Brazil) dan pemain skuad kebangsaan Filipina, Adam Reed.

Malah, mereka juga sedang menanti ketibaan pemain import terbaru dibahagian pertahanan dari Lebanon iaitu Khalil Khamis yang merupakan salah seorang pemain dalam skuad Al Ahed FC menjulang Piala AFC Cup 2019.

Al Ahed FC telah memuatnaik status mengenai perpindahan Khamis Khalil melalui laman sosial rasmi Instagram mereka semalam mengesahkan bahawa pemain itu akan berpindah ke pasukan Pahang untuk musim 2020.

Khalil Khamis dijangka akan menggantikan tempat Herold Goulon yang dikatakan mengalami kecederaan yang mungkin menjejaskan persiapan pasukan Pahang menghadapi musim 2020.

Lagi artikel menarik mengenai perkembanagn Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah

Perak FA ‘Panik’ Pembekal Jersi Bermasalah, Pihak Pengurusan ‘Kalut’ Cari Penyelesaian Menjelang Sepak Mula

Liga Malaysia 2020: ‘Kereta Kebal’ Dari Thailand Isi Kuota Pemain Import ASEAN Skuad Melaka United

Azrif Nasrulhaq Alami Kecederaan, Bakal Terlepas Saingan Liga Malaysia?

Sumber