Skuad The Fighters dilaporkan telah menandatangani pemain skuad kebangsaan Gabon yang juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang iaitu Frederic Bulot bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020.

Meskipun setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada pengurusan Felda United namun perkembangan itu telah didedahkan oleh wartawan tempatan yang mengesahkan kehadiran pemain yang berusia 30 tahun itu.

Bekas pemain AS Monaco itu mempunyai 25 kaps bersama skuad kebangsaan Gabon dan pernah mewakili negaranya dalam Kejohanan Piala Afrika pada tahun 2015.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi Bulot kerana sebelum ini beliau telah beraksi bersama kelab liga divisyen 2 Jepun, Gifu FC pada musim 2019. Beliau sempat beraksi dalam 13 perlawanan namun tidak mempunyai rekod jaringan gol.

Sebelum itu, beliau juga mempunyai pengalaman luas beraksi bersama beberapa kelab eropah seperti kelab liga divisyen 1 Belgium, Standard Liege, Charlton Athletic dan dua kelab Perancis, Reims dan Tours.

Kemasukan Bulot akan melengkapkan kuota pemain import Felda United yang sebelum itu telah menandatangani 3 lagi pemain import baharu iaitu Momcilo Raspopovic dari Serbia untuk memperkuatkan benteng pertahanan dan bekas pemain import Negeri Sembilan, Nicholas Velez.

Seorang lagi pemain import mengisi kuota Asia iaitu Ryutaro Megumi dari Jepun yang juga merupakan rakan sepasukan kepada penyerang dari Singapura, Khairul Amri ketika bersama Tampines Rovers.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Satiananthan Akui Rufino Segovia Belum Pulih Sepenuhnya

PSM Makassar Tandatangani Dua Bekas Pemain Import Liga Malaysia

Liga Malaysia 2020: Bekas Pemain Marseille Perkuatkan Jentera Serangan Kuala Lumpur