Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) hari ini mengumumkan pemain berdarah campuran Sweden dan Filipina, Amin Adam Lazarte Nazari dipilih sebagai pemain import baharu bagi mengisi kuota pemain import Asia menggantikan tempat Edgar Bernhardt yang tidak dilanjutkan kontrak.

Pemain yang berusia 26 tahun itu sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Thailand bersama kelab Ratchaburi Mitr Phol FC. Beliau juga pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Filipina dan skuad kebangsaan Sweden B-17 dalam saingan kelayakan Kejohanan UEFA B-17 pada tahun 2010.

“Ketika pelbagai desas-desus berkenaan kuota pemain import Asia, saya dan barisan kejurulatihan pasukan yang diketuai oleh Aidil Sharin Sahak telah mengambil sedikit masa di dalam membuat keputusan yang teliti bagi memilih seorang ‘Jeneral’ di bahagian tengah untuk melengkapkan slot terakhir pemain import,” kata Naib Presiden 1 KFA, Anas Hafiz Bin Mustaffa.

Amin dijangka akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada jam 2:30 petang hari esok.

Dengan kehadiran Amin, kuota pemain import skuad Helang Merah kini sudah lengkap sepenuhnya selepas mereka menandatangani Kpah Sherman dan Kipre Tchetche selain mengekalkan khidmat dua pemain musim ini, Shakir Hamzah dan Renan Alves.

KFA juga turut mengikat seorang lagi penjaga gol iaitu pemain skuad remaja kebangsaan, Mohd Azri Abdul Ghani, 20 tahun, berasal dari Kelantan dan beraksi bersama pasukan Bawah 19 tahun Kebangsaan serta kelab Felda United FC.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Liga Malaysia 2020: Pemain Kelahiran Manchester Sah Sertai Selangor

B.Satianathan Puas Hati Dengan Pemain Baharu Selangor

MFL Sahkan Baki Kedua Hak Penyiaran Tidak Dapat Diagihkan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group