Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi mendedahkan badan induk bola sepak negara itu akan menguruskan liga divisyen 3 (Liga M3) dan divisyen 4 (Liga M4) mulai musim depan.

Sebelum ini, saingan liga yang disertai oleh kelab-kelab amatur tempatan itu diuruskan oleh Amateur Football League (AFL) yang berada dibawah naungan Malaysian Football League (MFL).

Bagaimanapun, saingan Liga M3 musim 2020 dibatalkan demi kebaikan kelab-kelab amatur tempatan dalam mengharungi wabak pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.

Yusoff Mahadi yang juga merupakan Pengerusi AFL, menjelaskan perkara itu disahkan dalam mesyuarat lembaga MFL baru-baru ini.

“Sebab utama ialah MFL ingin memberi fokus kepada saingan Liga Malaysia (Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia).

“Kalau semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, kedua-dua liga amatur itu akan dikendalikan oleh FAM manakala MFL akan fokus kepada pertandingan profesional,” kata Yusoff dipetik dalam New Straits Times. 

Persahabatan
Sumber Gambar: FAM

Yusoff turut menambah perubahan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Jawatankuasa eksekutif FAM (Exco) dalam masa terdekat.

“Ia akan dibincangkan dan saya percaya percaya jawatankuasa FAM akan menerimanya. FAM pernah menguruskan FAM Cup yang sekarang dikenali sebagai Liga M3, jadi saya tidak melihat ia sebagai masalah untuk badan induk menguruskannya lagi.

“Liga M3 akan berstatus sebagai pertandingan semi-profesional. Menjadi semi-profesional akan membantu kelab untuk melakukan peralihan yang lancar ketika mereka dipromosikan ke Liga Perdana, “tambah Yusoff.

Difahamkan pejabat rasmi MFL yang kini terletak di Kota Damansara akan berpindah ke wisma FAM di Kelana Jaya pada bulan ogos ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

“Pemain Asia Sentiasa Menjadi Mangsa Prejudis Di Eropah, Punca Utama Ramai Bakat Gagal Menyerlah” – Philippe Troussier

Warrix Jalin Kerjasama Dengan Piala AFF Suzuki 2020, Jadi Pembekal Rasmi Bola Dan Jersi

James Younghusband Umum Persaraan, Ceres Negros Tarik Diri Daripada Liga Filipina