Selepas mesyuarat khas ahli lembaga pengarah AFL dan perjumpaan bersama pasukan-pasukan pada 9 September yang lalu, AFL hari ini memaklumkan bahawa pertandingan Liga M3 2021 adalah dibatalkan dengan serta merta

Pembatalan ini juga seiring dengan kaji selidik yang dijalankan ke atas semua pasukan Liga M3 2021 yang secara majoritinya bersetuju agar pertandingan dibatalkan.

Menurut pihak AFL lagi, keputusan ini adalah yang terbaik pada ketika ini dan dalam pada masa yang sama memberi lebih ruang kepada semua pasukan untuk membuat persediaan bagi menghadapi pertandingan yang sama untuk tahun 2022 yang dijangka bermula seawal Februari di mana penyertaan kesemua pasukan Liga M3 2021 adalah dibawa secara automatik ke Liga M3 2022.

Status Kontrak Pemain Dan Pegawai Pasukan

Berkenaan dengan status kontrak pemain dan pegawai Liga M3 2021, AFL ingin merujuk kepada perkara 14, Templat Kontrak Pemain Amatur yang memperuntukkan bahawa (disebut yang sama dalam perkara 11 Kontrak Pegawai) berkenaan dengan perkara (pelanggaran, kelewatan, kegagalan dalam pelaksanaan dan lain lain) yang timbul disebabkan force majeure.

Pembatalan Liga M3 2021 ini telah membawa kepada situasi force majeure seperti yang dimaksudkan di mana ianya berlaku di luar kawalan pemain/pegawai dan pasukan, yang menghalang pihak-pihak mematuhi/melaksanakan tanggungjawab di bawah kontrak termasuk tetapi tidak terhad kepada apabila berlakunya penularan wabak penyakit berbahaya atau berjangkit yang menyebabkan saingan Liga dibatalkan.

Berikut merupakan antara garis panduan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak pemain dan pegawai pertandingan Liga M3 musim 2021 selepas pengumuman pembatalan pertandingan ini:

i. AFL menyarankan agar semua pasukan atau pemain dan pegawai meneruskan kontrak yang telah ditandatangani. Pasukan boleh membuat perbincangan bersama Pemain / Pegawai mengenai pelarasan gaji sekiranya perlu (Pilihan I); atau

ii. Pasukan atau pemain dan pegawai boleh menamatkan kontrak dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana-mana pihak atas penamatan kontrak tersebut (Pilihan 2

“AFL pada dasarnya ingin meneruskan pertandingan dengan pilihan untuk menganjurkannya secara gelembung sukan bermula November 2021 dan telah membentangkan kertas kerja kepada semua pasukan.

“Namun begitu, pembatalan  diputuskan setelah mengambil kira segala faktor termasuk hal-hal pengoperasian, aspek keselamatan serta kekangan yang dihadapi oleh AFL dan pasukan.

“Majoriti pasukan turut bersetuju agar Liga M3 2021 ini dibatalkan dan mengalihkan fokus sepenuhnya kepada Liga M3 2022,” kata Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah disediakan dibawah.

RASMI: Ong Kim Swee Letak Jawatan Pengarah Teknikal FAM, Bakal Kemudi Pasukan Sabah FC

Shazwan Wong Berkongsi Tips Bagaimana Pasukan Perak Mampu Menjana Pendapatan RM391,000 Sebulan

MFL: Naib Juara Liga Super Dan Juara TM Piala Malaysia Akan Terima Slot Ke Kejohanan AFC Cup 2022