Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Persatuan Bola Sepak China (KFA) semalam telah mengumumkan semua perlawanan Liga Korea (K-League) pada musim 2020 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian berikutan penularan wabak coronavirus (Covid-19) di negara berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi, penangguhan itu dibuat bagi melindungi tahap kesihatan pemain dan peminat bola sepak di Korea. Selain itu, mereka juga mengambil kira perintah daripada kerajaan yang melarang semua penduduk keluar dari rumah buat sementara waktu.

“Pihak K-League terpaksa menunda aksi musim baru buat sementara waktu sehingga penyebaran wabak coronavirus berkurangan.

“Ini adalah disebabkan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat serta pemain pada tahap tertinggi tatkala penyebaran virus berkenaan sudah mencapai tahap serius,” kata kenyataan rasmi.

Sebanyak 161 kes baru Covid-19 direkodkan di Korea Selatan menjadikan keseluruhan jumlah jangkitan akibat wabak berkenaan kini mencecah 763 kes setakat semalam.

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan berkata, 151 kes daripada jumlah jangkitan terbaru itu, dipercayai berkait rapat dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, minggu lalu.

Malah, kematian ketujuh direkodkan akibat wabak itu membabitkan warga emas lelaki berusia 62 tahun di Hospital Cheongdo. Presiden Moon Jae-in mengumumkan amaran ke tahap paling tinggi susulan kenaikan mendadak kes jangkitan wabak itu.

Selain K-League, Liga Super China juga ditangguhkan sejak minggu lepas akibat penularan wabak berkenaan. Ia turut memberi kesan kepada saingan AFC Champions League apabila beberapa perlawanan melibatkan kelab China terpaksa berlangsung di gelanggang neutral.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus di Asia sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

FAM Batalkan Perlawanan Persahabatan Bertemu Bahrain Kerana COVID-19, BFA Akur Arahan Kerajaan Bahrain

Liga Super China Musim 2020 Ditangguhkan Kerana Wabak Coronavirus

RASMI: AFC Ubah Jadual 3 Perlawanan Pertama AFC Champions League Akibat Isu Coronavirus Di China

Kejohanan Meizhou Hakka Cup Dibatalkan, Chonburi FC Terpaksa Pulang Semula Ke Thailand

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group