Pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa yakin pasukannya mampu untuk menampilkan prestasi terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan meskipun diundi dalam kumpulan sukar.

Dalam majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil semalam, juara Liga Super musim 2019 itu diundi dalam kumpulan G bersama juara Emperor’s Cup, juara Chinese Super League, Guangzhou Evegrande dan kelab K1 League, Suwong Samsung Bluewings.

Menurut Luciano, pasukannya akan mencuba sedaya-upaya untuk memberikan cabaran terhadap pasukan lain sekaligus mara ke pusingan seterusnya.

Luciano

Luciano Figueroa

“Ianya satu kumpulan yang sukar namun saya merasakan kami mampu untuk menampilkan prestasi lebih baik berbanding musim lalu.

“Beraksi di pentas ini musim lalu banyak membantu kami terutamanya para pemain. Pasukan ini mempunyai barisan pemain yang bagus dan telah beraksi bersama-sama sejak tiga tahun lalu.

“Kami akan memulakan perlawanan pra musim tidak lama lagi dan akan memanfaatkan peluang itu untuk memantapkan pasukan,” kata Luciano ketika ditemui selepas majlis undian berlangsung.

Luciano

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sumber Gambar: Bernama

Tambah bekas pemain JDT itu, sasaran yang diletakkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk JDT melepasi peringkat kumpulan tidak memberikan sebarang tekanan baik untuk beliau ataupun Benjamin Mora.

“Tiada sebarang tekanan untuk kami. Bagus jika ada mempunyai tekanan kerana kita berada di pasukan besar. Ini sentiasa menjadi objektif kami untuk menampilkan aksi terbaik.

“Kami akan cuba untuk melepasi cabaran peringkat kumpulan sekaligus mara ke pusingan kalah mati,” tambah Luciano.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2020 di sini:

Liga Juara-Juara Asia 2020: JDT Diundi Dalam Kumpulan G

Simulasi Kedudukan JDT Dalam Undian AFC Champions League 2020, Undian MA Pertama Jadi Penentu Kedudukan

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group