Undian bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan telah berlangsung sebentar tadi dimana juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim diundi dalam kumpulan G bersama juara Emperor Cup, juara Chinese Super League, Guangzhou Evegrande dan kelab K1 League, Suwong Samsung Bluewings.

Undian yang dijalankan di AFC House, Bukit Jalil itu dihadiri oleh wakil serta delegasi daripada kelab yang layak ke saingan musim hadapan.

JDT dilihat bakal berdepan cabaran sukar kerana bakal berdepan dengan Guangzhou yang diperkuatkan oleh pemain seperti Paulinho dan Elkeson yang kini dikenali dengan nama Ai Kesen serta dibimbing oleh lagenda Itali, Fabio Cannavaro.

Suwon Samsung Bluewings pula merupakan juara Piala FA Korea mana satu lagi pasukan akan dipilih berdasarkan saingan Emperor’s Cup yang mana ketika ini sudah memasuki peringkat separuh akhir. Empat pasukan yang terlibat ialah Vissel Kobe, Shimizu S Pulse, Kashima Antlers dan V-Varen Nagasaki.

Baca artikel lain mengenai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim hadapan di sini:

Jaringan Safawi Rasid Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik ACL 2019

Simulasi Kedudukan JDT Dalam Undian AFC Champions League 2020, Undian MA Pertama Jadi Penentu Kedudukan