Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE FA) dalam satu kenyataan semalam mengumumkan musim baharu liga domestik negara itu terpaksa ditangguhkan bulan depan atas arahan daripada pihak berkuasa.

Penangguhan itu termasuk saingan Piala Teluk Arab yang sepatunya berlangsung pada hari ini.

“Persatuan Bola Sepak UAE, bekerjasama dengan Liga Profesional UAE, memutuskan untuk menangguhkan permulaan musim 2020/2021 hingga Oktober depan.

“Keputusan itu diambil setelah berbincang dengan pihak berkuasa di negara ini. Tarikh baru akan diumumkan pada masa terdekat,” kata kenyataan daripada UAE FA.

Sebelum ini, mereka membuat keputusan untuk tidak meneruskan saingan liga musim lepas berikutan peningkatan kes wabak COVID-19.

Situasi itu menyebabkan beberapa pemain skuad kebangsaan UAE kekurangan perlawanan kompetitif sekaligus menjejaskan tahap kecergasan mereka.

Liga Pro UAE ditangguhkan sejak 15 Mac lepas. Selepas mengharungi 19 perlawanan, Shabab Al Ahli muncul sebagai pendahulu liga dengan 43 mata mengatasi dua pencabar terdekat, Al Ain (37 mata) dan Al Jazira (36 mata).

Bagaimanapun, UAE FA memutuskan untuk tidak mengumumkan Shabab Al Ahli sebagai juara liga manakala dua pasukan terbawah dikecualikan daripada turun ke liga divisyen 2.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak UAE melalui pautan dibawah.

RASMI: UAE Perkenalkan Ketua Jurulatih Baharu, Jorge Luis Pinto ‘Hadap’ Malaysia Dalam Perlawanan Kompetitif Pertama

Pemain Naturalisasi UAE Dijangkiti Wabak COVID-19, Tidak Ikut Pasukan Jalani Latihan Di Serbia

Brendan Gan Yakin Skuad Harimau Malaya Mampu Menewaskan UAE