KV Kortrijk berjaya meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Jupiler Pro League Belgium apabila menewaskan Royal Antwerp dengan keputusan 1-0.

Kortrijk membuka tirai saingan liga musim 2021/2022 dengan kemenangan apabila menewaskan RFC Seraing dan mereka mempunyai misi untuk terus mencatat kemenangan pada minggu perlawanan kedua.

Beraksi di laman lawan, Kortrijk bagaimanapun dipaksa bekerja keras dan mereka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 menerusi pemain sayap kelahiran Perancis, Faïz Selemani.

Kemenangan ke atas Antwerp membolehkan Kortrijk terus berada di puncak dalam carta liga dengan kelebihan dua mata di hadapan lima pasukan lain yang masing-masing mempunyai empat mata.

Selain memperoleh dua kemenangan berturut-turut, Kortrijk turut berjaya memperoleh dua clean sheets sekaligus membuktikan bahawa mereka mempunyai skuad yang serba lengkap di setiap posisi.

Pada perlawanan liga yang seterusnya, Kortrijk akan berdepan KRC Genk di laman sendiri pada 8 Ogos ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jaringan Aung Kaung Mann Bantu Sri Pahang Kutip Tiga Mata Penuh

Tokyo Verdy Miliki Skuad Sepak Takraw Wanita, Bukan Sekadar Kelab Bola Sepak Semata-Mata

Kyrian Nwabueze Alami Kecederaan ACL, Terlepas Baki Aksi Musim 2021