Saingan liga amatur (divisyen 4) Thailand bagi musim 2021 telah diumumkan akan disertai oleh 179 buah kelab dari 12 buah region seluruh Thailand, dimana kesemua kelab ini akan dibahagikan kepada 53 buah kumpulan.

Seperti yang dinyatakan diatas, format pertandingan pada peringkat ini adalah mengikut region masing-masing seperti yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pembaziran kos terutamanya untuk kelab-kelab amatur ini.

Disetiap region akan ada 1 atau lebih kumpulan bergantung kepada bilangan pasukan yang bertanding.

E0TBk1zVkAMW5yA

Juara setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati untuk mencari wakil dari setiap region bagi aksi national championship stage, dimana akan mempertemukan juara-juara dari 12 region diatas.

Apabila sampai ke peringkat 12 pasukan terbaik dari seluruh kelab-kelab amatur di Thailand, mereka akan bersaing diantara satu sama lain untuk merebut 6 sahaja slot untuk beraksi dalam saingan Thai League 3 bagi musim berikutnya.

E0TD8TjVkAIVMnd

E0TGCmHVoAUotC8

Namun, layak secara merit sahaja tidak menjamin mereka akan menerima slot tersebut secara automatik kerana setiap kelab yang layak perlu memiliki atau lulus perlesenan kelab Thai League 3 terlebih dahulu.

Semua saingan bola sepak amatur Thailand diuruskan oleh Thailand Amateur League (TAL) yang merupakan satu komponen penting dalam struktur bola sepak dinegara itu sama seperti yang ada di Malaysia – Amateur Football League (AFL).

Jika diperhatikan, saingan amatur di Thailand ini adalah mirip kepada sebuah liga yang pernah wujud satu tidak lama dahulu iaitu Liga Bola Sepak Rakyat (LBR), yang kini hanya tinggal nama dan tidak diteruskan atas beberapa alasan.

Berapa Banyak Kelab Bola Sepak Yang Ada Di Thailand?

Jika mahu mengira semua kelab bola sepak disetiap ceruk Thailand, sudah pasti tidak ada angka yang tepat mampu diberikan.

Thailand mempunyai 77 buah province, dimana 71 daripadanya memiliki sekurang-kurangnya 1 kelab bola sepak dalam sainganThai League 1, 2, 3 dan Thai Amateur League.

Namun, mengikut maklumat yang diberikan oleh seorang peminat bola sepak Thailand di laman sosial Twitter iaitu Svein Falk Lorentzen, Thailand mempunyai 285 buah kelab bola sepak yang beraksi dalam saingan Thai League 1, 2, 3 dan Thai Amateur League.

Lebih menarik, dari jumlah tersebut 50 buah kelab berpangkalan di Bangkok!

Buriram pula merupakan province yang mempunyai jumlah populasi ke-6 paling tinggi di Thailand namun hanya mempunyai 1 kelab iaitu Buriram United dan antara kelab terbesar di Thailand!

Menarik juga untuk kita tahu bahawa dikawasan Phuket sahaja, mereka ada 3 buah kelab iaitu Phuket City (Thai League 3), serta Phuket Andaman dan Andaman Bluemarin yang beraksi dalam saingan Thai Amateur League (TAL).

6 province tanpa kelab bola sepak dalam 4 divisyen teratas adalah:

  • Nong Khai
  • Chumphon
  • Phetchaburi
  • Bueng Kan
  • Amnat Charoen
  • Mae Hong Son

14 province yang memiliki 5 atau lebih kelab dalam 4 divisyen teratas adalah:

  • Bangkok: 50 kelab
  • Khon Kaen: 14 kelab
  • Pathum Thani: 12 kelab
  • Chiang Mai: 11 kelab
  • Chonburi: 10 kelab
  • Chiang Rai & Nakhon Ratchasima: 8 kelab
  • Nakhon Pathom: 6 kelab
  • Nonthaburi, Samut Prakan, Udon Thani, Phitsanulok, Saraburi, Lopburi: 5 kelab

Ini adalah serba sedikit maklumat yang kami sediakan untuk peminat bola sepak Malaysia mengetahui lebih lanjut mengenai struktur bola sepak negara jiran kita Thailand yang mungkin boleh dijadikan rujukan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Aksi Kedah Bertemu JDT Berlangsung Tanpa Penonton, TicketHotline ‘Refund’ Tiket Yang Terjual

TERKINI: Kedah Dalam ‘Kumpulan Maut’ AFC Cup 2021 Zon ASEAN, Terengganu Miliki Laluan Selesa

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor