Media Poland TVPSPORT, melaporkan bahawa Robert Lewandowski sudah memberitahu pegawai Bayern, Oliver Kahn bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak baharu dengan Bayern.

Di mana pemain tersebut dikatakan berminat untuk menyertai Barcelona pada musim hadapan. Lewandowski tertarik dengan projek Xavi Hernandes di Catalan.

Dalam beberapa minggu terakhir ini, banyak sekali yang diperkatakan tentang masa depan Robert Lewandowski. Kontrak semasa pemain itu akan berakhir pada Jun 2023.

Wakil Lewandowski dikatakan tidak berpuas hati dengan pendekatan Bayern dalam isu kontrak pemain antarabangsa Poland itu. Di mana Bayern dikatakan masih ragu ragu untuk menawarkan kontrak yang lumayan kepada Lewandowski.

Lewandowski setakat ini sudah bermain 369 kali untuk Bayern dan menjaringkan 340 gol ketika bersama mereka. Menjadikannya salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak di Jerman.

Lewandowski malah memenangi Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA Best bersama dengan Bayern.

TVSPORT kemudian menyatakan bahawa mereka difahamkan Lewandowski sudah mempersetujui terma dan syarat dengan Barcelona. Dilaporkan Barcelona menawarkan kontrak 3 tahun kepada Lewandowski.

Bayern turut menyedari bahawa Barcelona adalah kelab yang sedang berusaha membawa Lewandowski ke Nou Camo. Xavi Hernandez memainkan peranan besar dalam menarik minat Lewandowski ke Barca.

Robert Lewandowski juga tertarik dengan gaya permainan Barcelona sejak dikendalikan oleh Xavi. Di mana mereka bermain fluid football seperti mana Barcelona pada era Pep Guardiola pada satu ketika dahulu.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, setakat ini tiada kontak secara rasmi dilakukan oleh Barcelona dan Bayern berhubung dengan isu Lewandowski.

Bayern masih mahu pemain Poland itu kekal. Namun Barcelona sudah berhubung dengan ejen pemain tersebut.

Jika benar Lewandowski akan ke Barcelona, dia berpotensi bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Borussia Dortmund – Pierre-Emerick Aubameyang.

Aubameyang menyertai Barca pada pertengahan musim ini secara percuma dari Arsenal. Dan pemain itu sudah mendapat semula sentuhan golnya di Barca.

Lewandowski masih lagi menjadi penggempur elit dalam arena bola sepak dunia walaupun pada usianya 33 tahun. Tidak ada tanda tanda beliau memperlahankan peak pada prestasinya setakat ini.