Bayern Munich sekali lagi mengesahkan kejuaraan liga mereka. Menjadikan ia kejuaraan kelapan berturut-turut oleh kelab Bavaria tersebut.

Robert Lewandowski menjadi wira Bayern dalam kemenangan 1-0 mereka di Werder Bremen. Lewandowski melepasi perangkap ofsaid untuk memberikan gol kemenangan sebelum rehat separuh masa pertama.

Sekali lagi penggempur dari Poland itu menikmati musim yang sangat produktif.

https://twitter.com/i/status/1272983205990277122

Beliau kini sudah menjaringkan 31 gol dalam liga dan 45 gol dalam kesemua kompetisi.

Dalam pada masa yang sama, 31 gol dalam liga adalah rekod terbaik dalam kariernya.

Pada separuh masa kedua, Lewandowski hampir menambah jaringan, namun ianya kali ini ofsaid.

Bayern disahkan juara Jerman buat kali ke-30 dalam sejarah kelab tersebut. Meneruskan lagi monopoli mereka di dalam Bundesliga. Kali terakhir pasukan lain menjuarai liga selain Bayern adalah Borussia Dortmund yang ketika itu dikendalikan Jurgen Klopp.

Lewandowski menegaskan bahawa, ini menunjukkan bahawa Bayern Munich tanpa keraguan lagi, adalah pasukan terbaik di Jerman.

Bayern memulakan musim ini dengan prestasi kurang memberangsangkan termasuk pernah dibelasah Eintrach Frankfurt 5-1.

Bayern kemudian memecat Niko Kovac pada November 2019, menggantikannya dengan bekas penolong jurulatih Joachim Low ketika Jerman menjulang Piala Dunia 2014 iaitu Hansi Flick.

Ternyata percaturan mereka membuahkan hasil dan Flick memperbaiki musim Bayern daripada berada di belakang pencabar kepada juara liga sekali lagi.

Fokus Bayern selepas ini adalah aksi Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Real Madrid Atasi Eibar Dan Terus Kejar Barca

Kubo Memang Bagus & Pitch Invader Antara Perkara Daripada Kemenganan Barca

Kelab EPL Tanggung Kerugian RM5.39 Billion Kerana COVID-19