Penyerang prolifik, Robert Lewandowski tetap berkeras mahu meninggalkan Bayern Munich walaupun pengurusan tertinggi kelab gergasi Jerman itu melaungkan keyakinan beliau akan terus kekal di Allianz Arena.

Laporan sebelum ini mendedahkan bahawa Presiden Bayern Munich, Herbert Hainer yakin penyerang kelahiran Poland itu tidak akan meninggalkan pasukan untuk menyertai Barcelona.

Namun bagi Lewandowski yang masih belum menandatangani kontrak lanjutan, beliau melihat ini peluang terbaik buatnya untuk merasai pengalaman baharu selepas menikmati karier gemilang bersama Bayern Munich.

“Saya hanya ingin meninggalkan Bayern Munich,” ujar Lewandowski menurut laporan dikeluarkan Liverpool Echo.

“Kesetiaan dan rasa hormat adalah lebih penting daripada pekerjaan. Perkara yang terbaik yang perlu dilakukan adalah dengan mencari jalan penyelesaian bersama.”

“Sesuatu telah mati dalam diri saya dan saya mahu merasai lebih banyak emosi baharu dalam hidup saya. Meninggalkan kelab ini adalah penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.”

“Tiada tawaran lain yang saya pertimbangkan selain daripada Barcelona. Saya mahu meninggalkan Bayern Munich. Itu adalah satu perkara yang cukup jelas,” tambah Lewandowski lagi.

Sepanjang menyarung jersi Bayern Munich, Lewandowski telah membuat 374 penampilan dalam semua pertandingan dimana beliau meledakkan 343 gol dan mencipta 72 bantuan jaringan.

Lebih menarik mengenai penyerang berusia 33 tahun ini ialah beliau turut memiliki Ijazah Sarjana [Master] dalam Pendidikan Jasmani di Warsaw’s School of Education in Sport.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

Komen Haaland Tentang Rakannya ‘Diving’ Untuk Penalti: “Dia Belajar Dari Itali Tu”

AFC B-23: Menu Di Hotel Tidak Sesuai Selera Pemain, Madam Pang Bawak Masuk Makanan Thai

Mesut Ozil: Tiada Kelab Lain, Saya Hanya Akan Bersara Di Fenerbahce