Peledak berbisa Bayern Munich, Robert Lewandowski dilaporkan semakin hampir untuk mengucapkan selamat tinggal buat kelab yang diwakilinya sejak dari musim 2014/15 itu.

Menurut sumber laporan Goal, penyerang yang bakal menjengah usia 34 tahun pada bulan Ogos nanti itu masih enggan untuk menandatangani kontrak lanjutan dan dijangka bakal dijual sebelum kontraknya tamat pada penghujung musim hadapan.

Lewandowski dikatakan tidak berpuas hati dengan perkembangan perbincangan awal berkenaan lanjutan kontraknya melibatkan pihak kelab dan ejennya.

Malah, Lewandowski turut mendedahkan tiada sebarang perkembangan menarik yang sedang berlaku melibatkan kedua-dua pihak setakat ini. Beliau juga menambah bahawa situasi [berkaitan lanjutan kontrak] tidak mudah buatnya.

Sehubungan dengan keadaan tersebut, turut tersebar berita yang mengatakan gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona cukup berminat untuk mendapatkan khidmat penjaring 34 gol dalam saingan Bundesliga musim 2021/22 itu.

Sekiranya Lewandowski berkeras mahu meninggalkan pasukan, Bayern Munich sudah pasti akan berusaha untuk mendapatkan pengganti yang sesuai buat penyerang prolifik itu.

Namun, kelab Bavaria itu baharu sahaja terlepas dua prospek utama mereka iaitu Karim Adeyemi dan Erling Haaland yang memilik untuk berhijrah ke Borussia Dortmund dan Manchester City.

Sepanjang menyarung jersi Bayern Munich, Lewandowski telah membuat 374 penampilan dalam semua pertandingan dimana beliau meledakkan 343 gol dan mencipta 72 bantuan jaringan.

Satu statistik yang jelas menjadikan beliau sebagai antara pemain yang sudah sementikan menjadi rebutan kelab-kelab utama di Eropah.

Selain aksi tangkasnya di padang dalam merobek gawang lawan, Robert Lewandowski juga tidak pernah melupakan pelajarannya apabila beliau kini sudah memiliki Ijazah Sarjana [Master] dalam Pendidikan Jasmani di Warsaw’s School of Education in Sport.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah melalui pautan dibawah.

EPL: Tottenham Ajar Arsenal, Conte Label Arteta Kaki Kompelin

Chiellini Rasmi Akan Tinggalkan Juve Untuk Berikan Peluang Kepada Pemain Muda

EPL: 4 Gol De Bruyne Hantar Manchester City 4 Mata Daripada Kejuaraan