Daniel Levy menyatakan bahawa dia tiada pilihan lain selain daripada memecat Antonio Conte selepas sidah media kontroversinya.

Sikap Conte dianggap sudah melampau ketika dia tanpa berselindung mengecam pasukannya sendiri dan kemudian mengkritik pemilik kelab.

Tottenham telah mengesahkan bahawa kelab itu memecat Antonio Conte daripada tugasanya sebagai pengurus hanya lebih seminggu selepas sidang akhbarnya yang mengkritik pemain dan pemilik kelab.

Pengurus asal Itali itu telah mengkritik skuad Spurs dan budaya di kelab itu berikutan keputusan seri 3-3 di Southampton. Di mana dia menganggap budaya di Spurs yang tidak memiliki mentaliti kemenangan adalah punca kelab itu tak menang apa apa sejak 20 tahun.

Dia berkata: “Saya sangat kecewa kerana ini bukan kali pertama dan saya rasa hari ini saya boleh memberitahu anda bahawa ini adalah kekecewaan kerana kami sedang memenangi perlawanan 3-1 dan 15 minit lagi dan saya fikir anda perlu menang,” kata Conte kepada BBC Sports.

Antonio Conte kemudian mengeluarkan pandangan yang sangat kritis terhadap pemain dan hierarki Tottenham selepas seri 3-3 di Southampton.

Antonio Conte Kutuk Tottenham: “Patutlah 20 Tahun Tak Menang Piala”

Dia menambah: “Keadaan mula bertambah baik musim lalu tetapi kami kehilangan ciri ciri yang kami ada musim lalu. Saya tidak mahu bercakap mengenai aspek teknikal, semangat itu sudah hilang.”

“Kami bukan pasukan. Kami adalah pasukan di mana kesemua pemain fikirkan tentang diri mereka sendiri.”

“Apabila anda berada dalam cara ini yang boleh berlaku, anda kalah menentang Sheffield United dan tersingkir dari Piala FA dan kalah dengan AC Milan dan untuk menamatkan rekod itu.”

“Kamu mendahului 3-1 dan 15 minit terakhir kamu boleh pula memberikan mereka peluang untuk bangkit. Saya tidak nampak rasa tanggungjawab pemain.”

“Saya melihat banyak situasi negatif dan banyak situasi mementingkan diri sendiri yang saya tidak suka.”

“Saya tahu cara untuk mengalahkan pasukan lawan, pada masa lalu saya mengalahkan banyak pasukan, pasukan yang menang.”

“Sekarang ini sebaliknya kita ketinggalan, tiada siapa yang berminat dalam perkara ini. Saya sangat kecewa tentang perkara ini kerana saya dan kakitangan tinggal setiap hari untuk memikirkan cara untuk memperbaiki diri.”

“Sejujurnya, sudah tiba masanya saya perlu bertanggungjawab terhadap diri saya, kakitangan, kelab tetapi juga pemain.”

Conte juga kelihatan menyasarkan untuk menyindir pemilik kelab itu.

“Mereka sudah biasa di sini. Tak mahu bermain untuk sesuatu yang penting. Mereka tidak mahu bermain dalam tekanan. Mereka tidak mahu bermain dalam keadaan tertekan.”

“Kisah Tottenham adalah begini. Dua puluh tahun ada pemilik dan mereka tidak pernah memenangi sesuatu. Kenapa?”

“Saya sudah cuba menyembunyikan keadaan ini selama ini.”

“Sudah tiba masanya untuk mengubah keadaan ini jika Tottenham mahu berubah. Jika mereka mahu meneruskan cara ini, mereka boleh menukar pengurus, ramai pengurus, tetapi keadaan tidak boleh berubah. Percayalah.”

Conte memang selalu dijangka akan meninggalkan kelab London Utara pada penghujung musim ini. Kerana dia dilaporkan kurang gembira dengan banyak perkara di Spurs.

Daniel Levy menegaskan bahawa dia terpaksa bertindak pantas memecat pengurus itu dan menyifatkan bahawa dia tidak dapat mempertahankan Conte lagi.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan di laman web kelab lewat petang Ahad, Levy menjelaskan mengapa dia merasakan dia tidak mempunyai pilihan selain daripada memecat Conte.

Levy berkata: “Kita masih mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan kita mempunyai satu perjuangan di tangan kita untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Kita semua perlu bersatu.”

Spurs juga mengesahkan Cristian Stellini akan menjadi pemangku ketua jurulatih mereka untuk baki musim ini, dengan Ryan Mason sebagai pembantunya. Keputusan itu mungkin mengejutkan memandangkan Mason berkhidmat sebagai interim apabila Jose Mourinho dipecat pada awal 2021.