Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila mengumumkan kemasukan satu lagi pemain import baharu iaitu Levy Madinda yang beraksi di posisi tengah.

Madinda bukanlah asing dalam kalangan peminat kerana beliau beraksi dengan pasukan Sabah pada musim lepas.

Pemain yang berusia 30 tahun ini turut mempunyai 53 kaps bersama skuad kebangsaan Gabon dan juga merupakan rakan sepasukan kepada bintang terkemuka dunia, Pierre-Emerick Aubameyang.

Setelah menampilkan prestasi yang baik bersama Sabah dalam saingan Liga Super musim lepas, Madinda mendapat kepercayaan untuk beraksi di pentas antarabangsa bersama Gabon dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022.

Madinda juga mempunyai pengalaman beraksi di Eropah dimana beliau pernah menyarung jersi kelab Sepanyol, Celta Vigo , kelan Greece, Asteras Tripolo dan beberapa kelab Turki seperti Ümraniyespor serta Ankara Keçiörengücü.

Di peringkat antarabangsa, beliau berjaya menjaringkan 6 gol. Selain itu, beliau pernah membantu skuad Gabon B-23 tahun memenangi Africa U-23 Cup of Nations pada tahun 2011.

Kemasukannya dalam pasukan JDT bakal memperkuatkan bahagian tengah dan mungkin dijadikan sebagai pengganti kepada Leandro Velaquez jika pemain tersebut mengalami kecederaan serius.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah

Ifedayo ‘Tibai’ Selangor 2-0 Selepas Pulih Daripada Kecederaan Hamstring

Aksi Faisal Halim ‘Menganjing’ Penjaga Gol Sri Pahang Curi Tumpuan

MFL Kaji Cadangan Sepak Mula Liga Malaysia Pada Waktu Petang