Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah pasukan Sabah, Levy Madinda dipanggil menyertai skuad kebangsaan Gabon bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Libya dan Mesir pada bulan hadapan.

Setelah menampilkan prestasi yang baik bersama Sabah dalam saingan Liga Super, Madinda kembali mendapat kepercayaan untuk beraksi di pentas antarabangsa bersama Gabon sekaligus bakal membantu pasukan untuk mendapatkan tempat dalam temasya Piala Dunia tahun hadapan.

Sebelum ini, pada jendela perpindahan kedua musim 2021 Sabah mengambil keputusan untuk melepaskan Madinda bagi digantikan dengan pemain lain namun kemudiannya menandatangani semula pemain itu.

Setelah ditandatangani semula, Levy Mandinda terus mencipta impak apabila menjaringkan satu gol ketika Sabah mencatat keputusan seri apabila bertemu Kuala Lumpur City di laman sendiri.

Bersama skuad kebangsaan Gabon, Madinda bakal beraksi bersama bintang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang juga dilantik sebagai ketua pasukan.

Sebelum ini, beberapa pemain dalam saingan Liga Super turut dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan masing-masing seperti Makan Konate (Mali), Ryuji Utomo (Indonesia) dan Carli de Murga (Filipina).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

RASMI: Jorge Pereyra Diaz Sah Sertai Kerala Blasters Dalam Saingan India Super League Musim 2021/2022

Fenerbahçe Tandatangani Pertahanan Tinggi Lampai Korea Selatan, Kim Min-jae

Park Hang-seo Ada 6 ‘Assistant’ Dari Korea Selatan Demi Persiapan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Dunia 2022

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group