AS Roma mara ke final UEL musim 2022/23 selepas aksi kental bertahan mereka berhadapan dengan Bayer Leverkusen.

AS Roma kendalian Jose Mourinho kekal di landasan untuk trofi Eropah kedua dalam dua musim berturut turut, selepas seri 0-0 di Bayer Leverkusen menghantar mereka ke final melalui agregat 1-0.

Pemenang Liga Persidangan Europa musim lalu itu hanya mencipta sedikit serangan tetapi bertahan dengan kuat dan ampuh, ketika pasukan tuan rumah yang semakin kecewa memburu gol mereka untuk mencari gol penyamaan.

Roma cuma melakukan 1 percubaan sepanjang perlawanan dengan Leverkusen melakukan 23 ke arah gawang mereka.

Pelawat bertahan sehingga lapan minit masa tambahan dan akan menentang sama ada Sevilla pada perlawanan akhir di Budapest pada akhir Mei.

Roma masuk ke dalam permainan dengan mendahului secara agregat tipis 1-0, hasil jaringan separuh masa kedua daripada pemain tengah kelahiran Rom, Edoardo Bove pada perlawanan pertama.

Mourinho, yang terkenal dengan taktik bertahannya, telah menggunakan masterclass-nya itu untuk menghampakan Leverkusen.

Leverkusen, yang telah menewaskan Bayern Munich, Atletico Madrid dan RB Leipzig di laman sendiri musim ini, bermula lebih sangat baik, dengan perancang berusia 20 tahun Florian Wirtz yang banyak merencana serangan.

Wirtz membentuk gandingan dengan penyerang Perancis, Moussa Diaby selepas 12 minit dan menggegarkan palang.

Gabungan yang sama mengancam kubu lawan sekali lagi sepuluh minit kemudian, namun Diaby menanduk tersasar.

Penyerang Iran Sardar Azmoun dijatuhkan di bahagian tepi kotak penalti ketika separuh masa pertama hampir berakhir tetapi pengadil tidak melayan permintaan penalti oleh pasukan tuan rumah.

Jurulatih Lekerkusen dari Sepanyol, Xabi Alonso membawa masuk pemain sayap Perancis, Amine Adli dan pemain sayap Perancis itu hampir mencipta gol penyamaan, ketika menemui Azmoun di dalam kotak penalti — tetapi pemain Iran merembat tersasar.

Pengadil memberikan masa tambahan 8 minit kerana AS Roma banyak membuatkan aksi terhenti.

Perlawanan berakhir seri tanpa jaringan AS Roma mara ke final UEL musim 2022/23. Berdepan dengan KING UEL iaitu Sevilla.

Ketika wisel sepenuh masa berbunyi, Mourinho yang gembira terus kepada penyokong pelawat, menggegarkan jaring keselamatan.

Dengan kedudukan Roma yang berada 6 mata di bawah 4 teratas. Kejayaan menjuarai UEL boleh menjadi tiket mereka ke UCL musim hadapan.

Ini merupakan final keenam Mourinho dalam pertandingan eropah dan dia memenangi kesemua final. Hanya kalah dalam 3 Piala Super Eropah sahaja.