Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) hari ini mengumumkan syarikat animasi terkemuka negara, Les’ Copaque Production Sdn Bhd sebagai salah satu penaja utama untuk program pembangunan bola sepak akar umbi FA Selangor, FAS Soccer School.

Les’ Copaque Production cukup dikenali di Malaysia dan juga Indonesia kerana mereka adalah penerbit rancangan kartun yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak iaitu Upin & Ipin.

Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon menyatakan bahawa perjanjian FAS dan Les’ Copaque Production Sdn Bhd merupakan satu kerjasama yang saling melengkapi dan seiring dengan objektif perlaksaan program FAS Soccer School.

“FAS berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan bersyukur dengan kerjasama ini kerana Les’ Copaque Production Sdn Bhd bukan sahaja satu jenama animasi yang bertaraf antarabangsa, malah ia juga cukup dekat di hati kanak-kanak di Malaysia, khususnya dalam rancangan animasi Upin & Ipin.

“Jadi, untuk program FAS Soccer School mencapai objektifnya, kerjasama erat antara dua entiti ini dilihat mampu dilihat sebagai pemangkin untuk FAS menyemai minat terhadap sukan bola sepak dalam kanak-kanak, khususnya yang tinggal di negeri Selangor,” kata Johan dipetik dalam laman web rasmi FAS.

EgP9SyEU4AAmmUy

FOTO: FA Selangor

Pengarah Kandungan Kreatif Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Nur Naquyah Binti Burhanuddin turut senada dengan pendekatan tersebut dan berharap agar kedua-dua jenama dapat berkembang dengan lebih erat dengan perjanjian ini.

“Antara misi kami di Les’ Copaque Production Sdn Bhd adalah untuk memberi nilai tambah lain kepada penonton kami selain dari hiburan semata-mata dan penglibatan kami secara terus dengan program pembangunan bola sepak akar umbi FA Selangor selari dengan misi tersebut,” jelas Nur Naquyah.

“Harapan kami adalah untuk melihat lebih ramai kanak-kanak lebih aktif bermain bola sepak dengan penglibatan kami dan mungkin, satu hari nanti akan ada bakat bola sepak baharu yang dapat dilahirkan dari program ini,” tambahnya.

Tajaan dalam bentuk wang tunai dari Les’ Copaque Production Sdn Bhd dilihat mampu memberikan impak besar dalam perlaksaan program ini, khususnya setelah pandemic COVID-19 melanda.

FAS Soccer School yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu kini sudah disertai oleh 6 sekolah di seluruh negeri Selangor dan menyaksikan lebih 500 kanak-kanak berusia 7-12 tahun dan 24 jurulatih terlibat secara langsung dengan program ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Satiananthan Cadang FAM Jemput Kelab Brunei Dan Singapura Sertai Liga Malaysia

KFA Hantar Surat Rasmi Kepada Aliff Syukri Bincang Tentang Pemilikan Kelab

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group