Bekas pemain Bayern Munich, Willy Sagnol tidak gembira dengan usaha kelabnya yang cuba memancing Leroy Sane dari Man City.

Bayern sudah berusaha mendapatkan Sane sejak pra musim ini lagi. Namun perpindahan itu gagal dimuktamadkan kerana Sane tercedera dalam aksi perisai komuniti Inggeris.

Bayern Munich mahu mendapatkan Sane untuk digandingkan dengan Serge Gnabry di bahagian sayap selepas dua pemain sayap legenda mereka, Robben dan Ribery meninggalkan kelab.

Bayern terpikat dengan kualiti yang ada pada pemain antarabangsa Jerman itu. Sane seorang pemain yang laju dan lincah.

Leroy Sane juga sangat berminat untuk datang ke Bayern Munich. Sane boleh bermain di posisi sayap kanan dan sayap kiri. Beliau merupakan bekas pemain Schalke 04 sebelum berpindah ke Man City.

Jika menjadi kenyataan, Leroy Sane boleh kembali semula ke negara asalnya.

Namun bukan semua orang berpendapat Leroy Sane akan menjadi pemain yang hebat untuk Bayern Munich. Antaranya adalah bekas bintang kelab mereka, Willy Sagnol.

Menurut Sagnol pemain tersebut langsung tidak menepati ciri ciri yang sesuai untuk Bayern Munich.

Beliau menganggap usaha Bayern Munich untuk mendapatkan Leroy Sana adalah satu kesilapan. Ini kerana ada pemain yang yang lebih sesuai dengan Bayern Munich.

Sagnol berkata kepada RMC: “Leroy Sane langsung tak sesuai dengan kelab ini sama sekali.”

“Beliau tidak menunjukkan ciri ciri seorang pemain yang dituntut oleh Bayern Munich daripada para pemainnya.”

“Beliau pemain yang tidak konsisten, seorang pemain yang bermasalah.”

“Sudah beberapa kali beliau menimbulkan masalah di Manchester City dan juga ketika bersama skuad kebangsaan Jerman.”

“Dan adakah kita benar benar serius becakap tentang operasi €80 juta untuk membawa Sane?”

“Dalam kes ini, saya lebih rela menambah €20 juta lagi untuk mendapatkan Kai Havertz dari Bayer Leverkusen.”

Kai Havertz sedang menikmati salah satu musim terbaik dalam kariernya.

Pemain ini cemerlang bersama Leverkusen dan berupaya untuk menjaringkan gol serta mencipta peluang gol untuk rakannya.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

RASMI: La Liga Keluarkan Jadual Sepak Mula Sambungan Liga

Dortmund Bantai Paderborn, Sancho Berikan Solidariti Buat George Floyd

Dortmund Bantai Paderborn, Sancho Berikan Solidariti Buat George Floyd