Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Van Quyet telah berjaya melelong jersi ‘match worn’ AFF Suzuki Cup 2018 dan menyalurkan dana yang diperolehi itu untuk digunakan membeli barangan keperluan untuk petugas frontliner yang bekerja keras untuk merawat pesakit COVID-19.

Jersi tersebut juga memiliki tandatangan hampir semua pemain dari skuad Vietnam dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 itu telah dimenangi oleh seorang pembida yang tidak mahu dikenali pada harga akhir bernilai VND50 juta atau sekitar RM9,164.

Menurut kemaskini di laman sosial Facebook Nguyen Van Quyet, beliau juga turut mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk membantu ketika dilanda kesusahan seperti ini dan telah menerima sambutan yang cukup menggalakkan apabila hampir VND40 juta atau RM7,331 disumbangkan oleh orang ramai.

Dana yang terkumpul itu akan dikatakan membolehkan Nguyen Van Quyet membeli 1,000 keping mask N-95 serta 120 pasang PPE untuk digunakan oleh para petugas perubatan di hospital.

Ini bukan pertama kali berlaku dari skuad kebangsaan Vietnam kerana sebelum ini Nguyen Van Toan serta ketua jurulatih mereka Park Hang-seo turut melakukan ikhtiar membantu antara satu sama lain ketika berhadapan situasi begini.

Kita juga mampu melakukan perkara yang sama!

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Transfermarkt: JDT Adalah Kelab ASEAN Yang Memiliki ‘Market Value’ Paling Tinggi Sekitar RM33.46 Juta

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group