Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jersi Selangor FC menjadi perhatian ramai peminat bola sepak Malaysia dalam tempoh beberapa hari lalu selepas dilancarkan dengan rekaan retro 1986.

Dilaporkan juga jualan 6,000 helai jersi musim 2021 itu telah habis dalam tempoh 48 jam sahaja. Hebat!

Hari ini VOCKETFC ingin membawa pembaca mengenai kisah bagaimana seorang lelaki yang berasal dari Poland ini memiliki sehelai jersi pasukan Selangor musim 2013.

Maciej Los, merupakan seorang peminat bola sepak Asia dan memiliki koleksi jersi dari banyak kelab dari benua ini.

Semalam, Maciej Los ada berkongsi 2 keping gambar 50 helai jersi kelab-kelab dan negara dari Asia di laman sosial Twitter.

Apa yang menarik adalah ‘penampakan’ 2 helai jersi pasukan dari Malaysia dalam gambar itu iaitu jersi Selangor dan Kedah!

VOCKETFC menghubungi Maciej Los untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana dia memiliki jersi-jersi tersebut di eropah.

Menurutnya, beliau memang sedikit sebanyak tahu mengenai pasukan Selangor sebelum memiliki jersi itu lagi tetapi minat untuk mengumpul jersi kelab dari Asia yang tinggi telah membuka jalan untuknya.

RcBHAU9-

Salah seorang rakannya yang berkongsi minat yang sama (cenderung untuk collect jersi kelab eropah), mahu memiliki sehelai jersi AS Roma 2012 daripadanya.

Jersi Selangor musim 2013 yang dibeli rakannya itu dari sebuah kedai lelongan bertukar tangan dan kekal dalam simpanan Maciej Los sehingga hari ini.

56CC4A87-0B66-4C52-BF46-7B6B94246842

Jersi Kedah edisi perlawanan akhir Piala FA 2017 lengkap dengan nameset Liridon juga diperolehi dari kedai lelongan di Poland pada harga USD15, Maciej Los menjelaskan bahawa beliau sangat tertarik dengan rekaan serta kombinasi warna jersi itu.

Menurutnya lagi, kini beliau sedang berkira-kira untuk mendapatkan lebih banyak jersi-jersi kelab bola sepak dari Malaysia untuk menambahkan lagi koleksi jersi sedia ada.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Pemegang Hak Penyiaran Thailand ‘Done Deal’ Bersama Tencent Untuk Kerjasama Media Dan Teknologi

Ini Cara Rakuten Bantu Semua Kelab J.League Untuk ‘Reach’ Pasaran Yang Lebih Luas Jual Merchandise

Hadi Fayyadh Turun Beraksi Bersama Azul Claro Numazu Dalam ‘Training Match’ Berdepan Tokyo Verdy

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group