Ramai yang sedar mengenai kekuatan kelab Jepun adalah dari sokongan yang diberikan oleh komuniti tempatan dimana kelab mereka berpangkalan. Segenap lapisan masyarakat akan cuba melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bersama kelab sebagai tanda penghargaan mereka kepada pasukan.

Inilah yang berlaku kepada pasukan FC Machida Zelvia. Bagi ‘membalas’ kembali apa yang telah dilakukan oleh komuniti, mereka mengajak para petani yang mempunyai hasil tanaman tempatan yang tidak terdapat ditempat lain untuk diperkenalkan ketika hari perlawanan.

Seorang lelaki yang hadir ke Machida Stadium, kagum dengan apa yang dilihatnya dengan mata sendiri, menyaksikan bagaimana para petani tempatan sibuk melayani penyokong bola sepak yang hadir ke stadium membeli sayur!

EDYVT2dVAAEbVsL

Ia mungkin terlalu asing untuk kita melihat situasi seperti ini kerana ia hanya ada di Machida Stadium dan satu atau dua venue lain. Ini adalah keunikan yang mungkin bagi seorang penggemar bola sepak ingin rasakan. Rare sungguh!

Mungkin ada yang terdetik mengatakan ia adalah event tertentu yang diadakan pada hari tersebut. Tetapi salah, VocketFC pernah berada disitu beberapa tahun yang lalu dan ia memang sentiasa ada apabila perlawanan berlangsung.

EDYVT2YUcAAuKwh

Dari perspektif mereka, bukan sahaja penglibatan komuniti itu penting malahan mereka telah berjaya membawa produk tempatan mereka ke satu tahap lain untuk diperkenalkan kepada penyokong pihak lawan yang hadir terutamanya.

Secara tidak langsung, orang luar yang hadir akan mengenali keunikan produk kawasan mereka dan menyebarkan kepada yang lain juga. Ini mentaliti mereka.

VocketFC juga pernah melihat perkara yang sama berlaku ketika berada di Nissan Stadium, Yokohama dimana sekurang-kurangnya 4 atau 5 penjual berada didalam kawasan stadium sedang sibuk melayani ‘pelanggan’.

EDYVT2XUUAAUEli

Machida Zelvia bukanlah sebuah kelab yang besar dan kawasan mereka berpangkalan pun bukan merupakan bandar megalopolis yang penuh bangunan dengan pencakar langit.

Ia adalah sebuah kawasan yang sedikit terpencil dalam Tokyo prefektur yang memiliki satu komuniti yang hebat memberikan sokongan kepada kelab bola sepak mereka.

53480646_2116357441784634_96984781065027584_o

Stadium mereka hanya mempunyai kapasiti 10,622 tempat duduk, namun memiliki ‘stadium utilisation rate‘ sekitar 50% dengan jumlah penduduk seramai 429,000 orang!

Baca artikel mengenai perkara menarik pemain dan juga Liga Jepun di sini:

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997

Budak Tingkatan 2 Ini Lulus Lesen Tahap 3 Hierarki Pengadil Bola Sepak Jepun