Cerita mengenai masalah yang dihadapi oleh penyokong pasukan Penang FC untuk mendapatkan jersi original pasukan bagi musim 2021 ini sebenarnya bukan pertama kali kami sendiri dengar kerana sudah ada beberapa luahan diberikan.

Namun nampaknya masalah itu masih berlaku dan mungkin juga semakin teruk sehingga sudah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong Penang FC sendiri.

Terkini kami telah menghubungi Yazzer Azzad yang telah berkongsi cerita atau pengalaman beliau untuk mendapatkan jersi pasukan Penang FC di Lembah Kelang yang mungkin akan memberikan gambaran lebih jelas kepada semua mengenai masalah sebenar yang dihadapi.

Dalam ciapan ini, beliau ada menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 isu utama yang menjurus kepada masalah yang dihadapi oleh penyokong Penang FC untuk membeli jersi original pasukan iaitu distribution channel yang terhad, lokasi premis yang jauh, masalah stok, jersi tidak lengkap dan sikap pekerja yang tidak membantu.

Perkara pertama yang dikongsikan adalah berkaitan dengan distribution channel yang terhad telah menyebabkan kesukaran untuk penyokong Penang FC mendapatkan jersi original.

Kedua, beliau menyatakan bahawa lokasi premis yang jauh dari akses pengangkutan awam juga turut menyumbang kepada kesukaran penyokong untuk terus mengunjungi kedai.

Panggilan dan mesej WhatsApp juga tidak dijawab menjadikan para penyokong tidak mengetahui samada stok jersi seperti saiz dan sebagainya available ataupun tidak.

Ketiga pula adalah berkaitan dengan stok jersi yang lengkap dengan logo penaja dan sebagainya, dimana menurut Yazzer sendiri ketika beliau mahu membeli jersi itu sticker sponsor pada jersi masih belum ditampal lagi.

Perkara seperti ini sepatutnya sudah disiapkan lebih awal sekiranya produk itu sedia untuk dijual kepada penyokong dan bukan ketika pembeli datang baru kalut nak tekan mesin heatpress.

Seterusnya adalah satu kejadian melucukan apabila pihak kedai memberitahu bahawa sticker sponsor untuk ditampal pada jersi sudah habis.

Seperti yang dikongsikan, adakah bilangan sticker sponsor dan bilangan jersi yang ada pada ketika tidak sama, sehinggakan berlaku perkara seperti ini. Agak memalukan sebenarnya.

Beliau juga turut menceritakan pekerja kedai itu juga kelihatan seperti melakukan kerja sambil lewa memberikan pelbagai alasan yang menimbulkan banyak tanda tanya. Sebagai contoh, pekerja memberitahu bahawa pembelian dalam jumlah yang banyak tidak dibenarkan, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak mampu untuk tampak sticker penaja.

Aneh sungguh jika difikirkan kembali mengenai perkara ini boleh berlaku ketika era bola sepak profesional tahun 2021.

Inilah antara punca-punca yang akan mengundang kepada kurangnya support dari sudut pembelian barangan dari penyokong yang boleh dikatakan bosan untuk hadap permasalahan remeh begini.

Apa tindakan segera kelab untuk menyelesaikan perkara ini? Atau tidak kisah kerana tajaan sudah berjalan? Kita tunggu.

Teruskan membaca artikel pilihan yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Hampir 1,000 ‘Joyah’ Terjual Dalam Tempoh 19 Hari, Bukti Kelab Bola Sepak Mampu Pacu Ekonomi IKS

Sanjar Shaakhmedov Sumbat Gol Penyamaan Untuk Ikat Juara 3 Kali AFC Champion League Al-Hilal SFC

RASMI: Pemain Kacukan Bangladesh Berusia 16 Tahun Dinaikkan Ke Pasukan Utama, Tersenarai Dalam Skuad U17 Jepun